Sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-50, pelakon veteran, Dato Jalaludin Hassan meluahkan ucapan istimewa buat isterinya, Rapidah Abd Ghani di Instagram. Sweetnya!
Isteriku dunia akhirat
Realitinya aku tidak pandai mencurahkan perasan hati ini. Berbeda ketika aku di dalam set pengambaran. Mungkin aku hebat mencurahkan perasan hati ku, namun ianya hanya sekadar lakonan dalam menghayati watak atas arahan Tuan Director Ahmad Nisfu demi sesuap nasi untuk menyara keluargaku.
Menurut Jalaludin Hassan, dia tidak pandai meluahkan isi hati secara realiti jika dibandingkan dalam dunia lakonan. Oleh itu, pelakon filem ‘Pulang’ ini mengambil kesempatan yang ada untuk meluahkan ucapan istimewa buat isteri tercinta sempena ulang tahun kelahiran yang ke-50.
View this post on Instagram
Ujar Jalaludin, dia mendoakan agar isterinya itu dikurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.
Happy birthday sayang. Isteri ku dunia akhirat.
Romantiknya!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen menyatakan Dato Jalaludin Hassan seorang yang sangat romantik dan sentiasa tersenyum apabila bersama isteri tercinta. Netizen turut mendoakan pasangan ini sentiasa sihat dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/