Home Petua Tips Minta Bantu4n Dapatkan Keraky4tan, Wanita Cina Dipuji Jag4 Anak Angk4t Sebagai Seorang...

Minta Bantu4n Dapatkan Keraky4tan, Wanita Cina Dipuji Jag4 Anak Angk4t Sebagai Seorang Musl1m

109
0

Kuala Lumpur: “Bila saya fikirkan, dunia ini tidak adil. Bukan salah saya. Bila emak ayah buat salah, kenapa saya kena tanggung.

“Saya cuma teruskan hidup sebagai anak. Bila kena berhenti sekolah, saya sangat sedih kerana tidak ada siapa tolong. Saya terpaksa berhenti kerana tidak ada dokumen,” kata Rohana Abdullah.

Rohana berkata, pada satu ketika, dia mengalami ‘anxiety’ yang teruk dan cuba membunuh diri sebagai jalan keluar kepada masalahnya.

Menurutnya, mujur dia terfikir bagaimana nasib ibu dan ibu angkatnya selepas ketiadaannya nanti.

“Saya hanya mengharapkan diberikan status yang membolehkannya menjalani hidup seperti orang lain.

“Ia termasuklah berkahwin, membuka akaun dan perkara lain yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini,” katanya.

Rohana yang fasih berbahasa Mandarin, turut meluahkan rasa kasih sayangnya kepada ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, 83, dan berterima kasih kerana menjaganya selama ini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, satu perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan berhubung perkara itu.

Beliau mengakui akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam waktu terdekat untuk tindakan susulan.

“Insya-Allah kita sedang berusaha. Saya sudah membawa perkara ini kepada kerajaan dan kementerian terbabit.

“Semua dokumen sokongan akan diserahkan termasuk salinan kad pengenalan bapa, sijil kelahiran serta permohonan dibuat sejak 2016.

“Saya menerima banyak maklum balas daripada rakan mengenai kisah ini dan kita doakan Rohana dan makcik Hoi Lan dipermudahkan urusan,” katanya.

Harian Metro melaporkan, seorang wanita Cina, Chee Hoi Lan, 83, menunjukkan kemurnian hati dan kasih sayang yang tinggi selepas memelihara Rohana sejak berusia dua bulan lagi.

Biar berbeza budaya dan agama, itu tidak menjadi penghalang untuknya menumpahkan kasih sayang kepada remaja itu termasuk menyediakan wang belanja untuk mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Lantaran itu, rata-rata netizen memuji sikap Hoi Lan yang mengambil tanggungjawab sebagai ibu dan memastikan ‘anaknya’ itu kekal sebagai seorang muslim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.viralmy.me/

Previous articleKecoh Dijodohkan Dengan Shuib, Akhirnya Nana Buka Mulut
Next articleWanita B3ng4ng Baru Sejam Let4k Kereta Tapi Kena Bay4r Parking Cec4h RM6,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here