GENERASI dahulu dan sekarang cukup berbeza.
Kecanggihan teknologi menjadikan dunia pada masa kini tanpa sempadan.
Ini secara tidak lansung mendedahkan generasi muda kepada trend, budaya malah fesyen yang lebih pelbagai.
Berkongsi video anaknya yang baru sahaja membirukan rambutnya, Nurul Nor Jannah Azmi, 29, mengakui dia kadangkala p3ning melayan permintaan anak tunggalnya itu.
Mesra disapa Yana, wanita ini berkata anaknya, Muhammad Aidil Zafran yang berusia lima tahun sudah lama meminta untuk diwarnakan rambut.
View this post on Instagram
‘”Dia minta warnakan rambut dari tahun lepas sebab dia tengok TikTok atau YouTube, ada orang rambut biru.
“Dia cakap dia nak warna rambut bagi nampak handsome.
“Mak ngah (bu saudara) dia hari tu baru free jadi baru sempat nak warnakan rambut dia. Mak ngah dia yang juga bir4s saya kerja di sebuah salon di tempat saya berniaga,” katanya yang menjual secara dalam talian dan di Uptown Pandan, Johor Bahru, Johor.
Yana bagaimanapun menegaskan bahawa warna tersebut hanyalah sementara, dan rambut anaknya itu akan dip0tong sebelum dia memulakan sesi persekolahan pada Mac ini.
“Saya sedar benda ni tak bagus dan tak sesuai dari segi agama, tapi ia sementara sahaja, ayah dia kerja kedai gunting rambut jadi bila-bila masa boleh pot0ng rambut dia.
“Pada saya ia fesyen, dan ini satu-satunya permintaan anak saya, dia pergi sendiri ke salon dan tak bagi saya masuk kedai… memang sementara sahaja.
“Sambil tu saya fikir boleh tolong promosikan perkhidmatan bir4s saya yang masih baru dalam bidang salon,” katanya.
Yana bersama keluarga kecilnya.
Jelasnya, Aidil sangat gembira dengan gaya rambutnya yang terbaru.
“Dia memang happy, habis satu kawasan semua cakap rambut dia cantik dan dia handsome.
“Dia cakap kat bapa dia daddy, semua orang cakap abang handsome, daddy je tak percaya.
“Daddy dia macam tak bagi, memang kalau ikutkan hari tu juga dia nak potong tapi Aidil tak bagi,” ceritanya.
Kedai gunting rambut milik suami Yana.
Menurut Yana, kanak-kanak pada masa kini lebih terdedah kepada dunia luar yang membuatkan mereka kadangkala meminta sesuatu yang sedikit luar biasa.
“Budak-budak sekarang tak macam budak dulu, mereka dah upgrade, kadang p3ning nak layankan keren4h dia seorang,” katanya.
komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mstar