Home Petua Tips Tak si4-si4 nenek ‘bis1ng’! Cucu tak s4ngka ramai berkenan rekaan baju tunang...

Tak si4-si4 nenek ‘bis1ng’! Cucu tak s4ngka ramai berkenan rekaan baju tunang j4hit sendiri inspir4si Hanis Zalikha

93
0

MEMPUNYAI kemahiran menjahit sememangnya menjadi nilai tambah buat seorang wanita.

Bukan sahaja dapat membuat rekaan baju mengikut citarasa fesyen yang digemari, malah kebolehan tersebut juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.

Begitu juga dengan wanita ini yang menjadikan bidang jahitan sebagai kerjaya.

Malah lebih beruntung, dia tidak perlu bersusah payah menempah pakaian untuk digayakan ketika hari bahagia, sekali gus mencipta momen indah dalam kamus hidupnya.

Perkongsiannya mengenai busana yang dijahit sendiri untuk disarung ketika majlis pertunangan bulan lalu membuatkan rata-rata netizen terpegun dengan rekaan hasil tangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Rauhah Mahadhir berkata dia pada mulanya berhasrat untuk menempah busana majlis pertunangan dengan pereka fesyen lain, namun mengubah fikiran selepas mendengar saranan neneknya.

“Pada mulanya saya tak nak buat baju untuk majlis tunang sendiri, tapi nenek bising. Kata nenek, seeloknya saya buatlah sendiri memandangkan saya seorang tukang jahit. Saya pun akur saja.

“Gaun untuk majlis pertunangan saya diinspirasikan daripada busana pertunangan Hanis Zalikha. Saya mahukan yang simple dan tak perlu pakai veil, sebaliknya hanya shawl. Jadi shawl itu saya panjangkan untuk disangkut pada jari.

tunang 1

Majlis pertunangan Rauhah berlangsung pada Disember lalu.

“Tiada tema tertentu pun, tapi hanya tetapkan warna maroon. Alhamdulillah, puas hati dapat cipta kenangan pada hari bahagia sendiri, tapi yang saya terkejut, ramai pula excited bila tengok gaun tu,” ujar wanita berusia 24 tahun ini.

Senang disapa sebagai Rauhah, wanita ini berkata dia melangsungkan pertunangan pada Disember lalu dan berkongsi video majlisnya beberapa hari kemudian di platform Instagram sahaja.

Namun tanpa disangka, video tersebut menjadi tular baru-baru ini sehingga membuatkan dia terkejut apabila menerima tempahan daripada pelanggan baharu.

“Selepas video tu viral, Alhamdulillah rezeki tak disangka-sangka. Ramai yang dah ‘lock’ order. Ada yang tempah baju bertunang dan nikah, ada juga tempah baju raya.

“Ada seorang tu, dia nak ‘sebiji’ sama macam saya. Selalunya yang tempah ni hantar kain yang dibeli sendiri, tapi pelanggan ini suruh saya yang carikan dan buat sama macam baju saya. Dia hanya beri ukuran saja.

Puas hati dapat cipta kenangan pada hari bahagia sendiri, tapi yang saya terkejut, ramai pula excited bila tengok gaun tu.

SITI RAUHAH MAHADHIR

“Ada juga pelanggan dari Kuala Lumpur dah buat appointment nak datang ke Senawang. Ada juga buat tempahan dari negeri lain seperti Perak dan lain-lain,” katanya.

Bercerita mengenai kerjayanya, Rauhah yang juga anak sulung daripada lapan beradik berkata dia mula serius menceburkan diri dalam bidang seni jahitan sejak tiga tahun lalu.

“Saya mewarisi minat menjahit daripada nenek dan ibu saudara. Sejak kecil saya selalu ada bersama nenek di kedainya di Melaka, jadi selalu tengok dia dan makcik menjahit tempahan pelanggan.

“Waktu tingkatan empat, saya ambil subjek seni jahitan dan terus menyambung pengajian dalam Diploma Seni Reka Fesyen, juga di kolej vokasional.

tunang 2

Baju pelanggan hasil ‘air tangan’ Rauhah.

“Saya juga mengikuti Operasi Latihan Vokasional (Vocational Training Operation) selama enam bulan. Dengan adanya VTO, saya juga kerapkali dipanggil untuk mengajar penuntut dalam bidang jahitan.

“Pada 2019, saya beranikan diri untuk ceburi bidang jahitan secara serius. Mula-mula risau juga takut tak boleh, tapi dengan sokongan ayah, Alhamdulillah…. dah tiga tahun saya jadi tukang jahit sepenuh masa,” katanya yang mengkagumi rekaan Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat.

Buat masa ini, Rauhah berkata dia hanya beroperasi dari rumah dan bekerja bersendirian.

“Sudah pasti saya impikan untuk miliki butik dan pekerja sendiri…. InsyaAllah jika ada rezeki lebih,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleSelepas Tular Di Media, Ada Pihak Nak L4mar Rohana Abdullah, Sekali PM Sendiri Call
Next article‘Ibu Dia Men1nggal Sebab Cvd-l9 Beberapa Bulan Lepas, Datuk Yang Urus Bersama Ayah & Kakak’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here