BAGAIKAN cinta pandang pertama.
Begitulah yang dirasai seorang bapa muda ketika dia pertama kali menatap wajah bayi sulungnya, Qaseh Nur Mikayla yang selamat dilahirkan pada 3 Ogos tahun lalu.
Menurut isterinya, Nor Hasrita Radzuan, 24, dia yang terbaring di katil h0spital pada waktu itu seb4k tatkala Muhammad Arif Fitri Mustafa, 23, diberi peluang untuk mendukung bayi mereka, beberapa jam selepas dilahirkan.
“Saya bersalin dalam jam 10 malam pada hari tersebut. Esoknya, jam 10 pagi baru dapat tengok bayi. Ketika pertama kali dapat pegang anak sendiri, suami men4ngis sebab tak percaya dah jadi bapa pada usia muda.
“Dia tenung anak kami lama-lama. Saya sendiri pun rasa seb4k. Tambahan pula saya terkenang pengalaman ketika hamil, lima bulan pertama saya alahan tervk. Pernah termvntah tepi jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja,” ujarnya.
View this post on Instagram
Senang disapa Hasrita, dia baru-baru ini turut berkongsi rakaman penuh emosi itu ke aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih setengah juta tontonan.
Selain dibanjiri ucapan tahniah, Hasrita turut sebak apabila wanita-wanita yang belum berpeluang menimang cahaya mata menghubunginya untuk berkongsi kisah dvka mereka.
Kehadiran Qaseh Nur Mikayla menjadi pelengkap kehidupan pasangan itu.
“Saya rakam video itu untuk disimpan sebagai kenangan. Ris4u ia hilang kalau disimpan dalam telefon. Tak sangka ramai yang tonton. Suami pun tahu video itu sedang viral, dia segan sebenarnya.
“Ramai juga netizen yang tanya usia kami. Malah, ada juga wanita yang belum dapat cahaya mata hantar mesej dan berkongsi cerita mereka. Ada yang dah kahwin lama, tapi belum diberi rezeki.
Di sekolah menengah pun kami bermvsuh. Saya tak suka sebab dia menjengkelkan.
HASRITA
“Pada masa sama, ramai juga yang komen minta doa agar mereka pun cepat dikurniakan cahaya mata,” ujarnya yang bersyukur diberi peluang untuk bergelar ibu pada usia muda.
Bercerita mengenai perkahwinannya yang berlangsung pada 6 Jun 2020, Hasrita mengakui dia tidak pernah menyangka akan menjadi isteri kepada rakan sekolahnya sendiri.
Imbas Hasrita, dia juga pernah berdepan persepi kurang menyenangkan mengenai keputusannya bernikah pada usia muda, namun tetap meneruskan hasrat tersebut, sebagaimana takdir yang sudah tersurat.
Pasangan sama cantik sama pada ini mula berkenalan sejak zaman sekolah lagi.
“Memang ada timbul persepsi mengenai kahwin muda. Tapi kami terima jodoh ini seadanya. Sebenarnya saya dan suami dah kenal sejak sekolah rendah lagi.
“Tapi ketika itu, kami sekadar kenal dan tak bertegur sangat. Di sekolah menengah pun kami bermvsuh. Saya tak suka sebab dia menjengkelkan.
“Ketika dah nak habis sekolah baru kami bercinta. Saya pun tak terfikir dia akan jadi suami saya. Dulu saya sambung belajar, saya fikir mungkin akan bertemu jodoh dekat universiti.
Hasrita bersyukur diberi rezeki untuk bergelar ibu pada usia muda.
“Tapi jodoh sudah tertulis. Dia yang terbaik untuk saya. Anak kami pun dah usia lima bulan sekarang. Kini, saya sedang biasakan diri dengan kehidupan sebagai ibu.
“Tiga bulan pertama agak sukar. Tapi sekarang kami makin OK. Bayi saya pun akan tidur sepanjang malam, dah tak berapa meragam macam dulu,” ujarnya lagi.
Mengenai dirinya, Hasrita menjalankan perniagaan pusat berpantang di Semenyih bersama kakaknya sejak setahun lalu, manakala suaminya merupakan operator di sebuah kilang di Bangi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar