Kapten Selangor FC, Brendan Gan mengakui detik hitam yang dilaluinya itu telah menjejaskan kariernya, akan tetapi beliau bersikap positif dan mencari jalan penyelesaian untuk membina kembali semangatnya yang hilang.
Perancang tengah Harimau Malaya itu menyatakan akan mendapatkan kembali tahap kecergasan seperti sebelum ini sekaligus membuktikan prestasi yang baik ketika bermain bersama pasukan Selangor nanti.
Brendan turut menjelaskan setiap yang berlaku ada buruk baiknya, ia tidak langsung mematahkan semangat untuk beraksi kerana beliau yakin boleh lakukannya dengan terbaik musim ini.
“Keadaan saya bertambah baik dan ketika ini perlu menjalani beberapa penilaian, saya sangat gembira kerana kembali menjalani latihan,” katanya.
“Sepanjang proses pemulihan, saya mengalami penurunan berat badan dan saya telah berkerja keras untuk menangani masalah ini serta untuk kembali menemui tahap kecergasan terbaik.”
“Saya berharap apa yang telah diusahakan mampu memberikan manfaat kepada saya ketika beraksi bersama Selangor nanti.”
Sementara itu, Brendan menegaskan dalam proses pemulihan ini tiada sesiapa yang mampu jejas mentalitinya sebaliknya beliau terus optimis dengan peluang yang ada untuk terus melangkah ke depan.
“Ketika saya mengetahui saya mengalami masalah kesihatan ini, doktor telah memberitahu bahawa saya hanya memiliki enam bulan untuk hidup, ia telah begitu menjejaskan saya kerana saya telah mengharungi naik turun sepanjang karier saya. Saya telah melatih minda dan serta mentaliti kuat untuk mengharungi sebarang cabaran dalam hidup,” ujarnya kepada Stadium Astro.
“Saya berjaya menjadikan perkara negatif kepada positif dan bagi saya, tiada sesiapa yang mampu menjejaskan minda saya dan sentiasa percaya dengan apa yang mampu saya lakukan,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.malaysiatime.me/