Home Petua Tips Komen ayat ‘sweet’ di Instagram, Fatin Afeefa ada apa-apa ke dengan bekas...

Komen ayat ‘sweet’ di Instagram, Fatin Afeefa ada apa-apa ke dengan bekas suami Nadia Brian?

106
0

GARA-GARA komen ringkas di Instagram, ada yang membuat andaian kononnya pelakon Fatin Afeefa punya hubungan istimewa dengan bekas suami Nadia Brian iaitu Muizz Nassruddin.

Bagaimanapun Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, menafikan mereka kini sedang bercinta dan ia sekadar komen dari seorang sahabat.

“Saya dan Muizz sekadar kawan, tidak mungkin kami terfikir untuk bercinta.

“Ia sekadar komen daripada sahabat kepada seorang sahabat di media sosial. Itu sahaja,” ujar Fatin ringkas kepada mStar.

fatin afeefa 3

Komen ringkas Muizz mengundang persoalan banyak pihak.

Sebelum ini perkongsian foto Fatin bersama kapsyen one day, or day one? you decide mencuri perhatian ramai apabila Muizz tampil menulis di ruangan komen.

A day with you,” tulis jejaka berusia 30 tahun itu.

Ujar Fatin, ini bukan kali pertama dia berdepan situasi seperti ini apabila sering dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Sebagai seorang ibu tunggal, Fatin tahu ramai yang akan memberi perhatian jika dia mula rapat dengan seseorang.

Tidak salah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun.

FATIN AFEEFA

PELAKON

“Saya tak terkejut apabila ada cerita sebegini. Selagi belum berkahwin orang akan kaitkan saya dengan sesiapa pun.

“Orang ramai memberi perhatian kerana status saya masih solo dan ibu tunggal.

“Tidak salah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun,” ujarnya.

fatin afeefa 2

Fatin bersama dua orang anaknya iaitu Ivy dan Adam.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 namun bercerai pada Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki sebelum berkahwin dengan Adam iaitu Adam Aisy Arrian yang sudah berusia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleAnak sulung asyik his4p ibu jari kaki, tak sangk4 pula pet4nda dapat adik! Tasha Shilla h4mil anak kedua
Next articleLelaki Ini Ded4h Kekayaan Sebenar Dimilik Neelofa, Buat Ramai TerbeIiak Biji Mata

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here