Bagi peminat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pasti cukup mengenali gerangan wanita bernama Dayah Zubit. Dulunya bekas pelajar kejururawatan ini pernah berkhidmat sebagai pengasuh Siti Aafiyah selama 3 tahun.
Namun selepas berkahwin, dia tidak lagi bekerja selain sekarang perlu mengikut suami menetap di Terengganu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Dayah dan juga suami sempat mengadakan sebuah majlis kesyukuran dan juga bersanding kerana tidak berkesempatan gara-gara pelaksanaan PKP. Wanita yang sedang sarat hamil anak sulung tersebut kelihatan cukup manis berjalan ke pelaminan sambil turut dipimpin oleh si kecil Aafiyah.
Walau bagaimanapun, terbaru wanita berusia 26 tahun tersebut dikatakan terpaksa dikejarkan ke bahagian emergency akibat tersungkur selepas menaiki motorbike. Menerusi satu perkongsian di IG Story, Dayah bagaimanapun menjelaskan kini keadaan bayi yang dikandung dalam keadaan selamat serta aktif.
Akan tetapi, dia sendiri mengalami keced3raan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki. Selain berterima kasih kepada suami dan juga ahli keluarga yang sentiasa menjaganya, ‘mak buyung’ tersebut menegaskan akan berehat dan kurangkan aktiviti sementara tunggu hari untuk melahirkan.
Menerusi Instagram suami Dayah, Ridzuan Razali turut berkongsi gambar mereka di dalam wad sebuah hospital di Terengganu
View this post on Instagram
Walaubagaimanapun, menerusi perkongsian itu, suaminya tidak memberitahu sebab Dayah dikejarkan ke wad kecemasan tetapi rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Dayah dan juga keh4milannya semoga sentiasa baik-baik sahaja.
Semoga ibu dan kandungan baik-baik sahaja yee…Rehatlah secukupnya nanti nak beranak memang perlukan tenaga yang luarbiasa kan? Semoga dipermudahkan urusan Dayah bersalin nanti.
Sumber :Instagram Dayah Zubit
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.malaysiatime.me/