Home Petua Tips “Macam Zayn Malik” – Netizen Samakan Wajah ‘Berj4mbang’ Datuk Fazley Dengan Penyanyi...

“Macam Zayn Malik” – Netizen Samakan Wajah ‘Berj4mbang’ Datuk Fazley Dengan Penyanyi Antarabangsa

98
0

Melihat pada imej yang dibawakan Datuk Fazley Yaakob sejak dahulu lagi, penyanyi dan pelakon ini selalu berpenampilan kemas.

Bahkan, setiap kali dia muncul di kata TV mahu pun acara-acara anugerah, sudah pasti apa yang digayakan kelihatan sesuai dengan sosok tubvhnya.

Justeru, tidak hairan jika baru-baru ini, peserta Gegar Vaganza 8 itu secara suka-suka menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya untuk melihat bagaimana rupa dirinya apabila wajah ditumbuhi janggut.

“Pemberitahuan, ini hanya percubaan penggunaan aplikasi… muka saya susah tumbuh janggut dan saya tak t1ndik hidung ok?!

“Hahaha anyways, pagi-pagi ni dah ada followers tanya, kenapa saya tak pernah simpan jambang tebal? Jawapannya, sebab memang jambang tak tumbuh tempat lain melainkan janggut sejemput bawah dagu tu!

“Nak buek camno? Walaupun saya berketurunan, Jawa, Minang dan Pakistan, bulu-bulu di wajah macam tak cukup DNA ayah saya yang sememangnya boleh berjambang penuh.


“So dah puas tengok saya ada bayangan jambang macam ni? Ok ke tak?” tanya Fazley. Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji wajah Fazley selepas ‘berjambang’.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan dirinya dengan penyanyi antarabangsa, Zayn Malik. “Macam Zayn Malik” tulis pengikutnya ringkas.

Begitupun, ada juga beberapa komen yang menyatakan penampilan sedia ada sudah cukup elok di mata mereka.

Komen Netizen:

“Tak payah lah jambang tu tak handsome pun… cukup kumis tu je ok,” tulis seorang pengikut Fazley.

“Takpa la bang. Tak payah jambang banyak sangat. Yang sekarang ni dah match sangat dengan muka,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article[VIDEO] “Mahal, Sesuatu Yang Kau Tak Boleh Beli!” – Ozlynn Puji Keluarga Suami Sebab Hormat Agama Lain
Next articleYang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri sambut dua cucunda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here