Home Petua Tips Bapa menangis anak 7 tahun minta masuk tahfiz sebab nak beri syafaat...

Bapa menangis anak 7 tahun minta masuk tahfiz sebab nak beri syafaat pada keluarga, kini dah boleh ‘belanja’ banyak surah

142
0

VIDEO memaparkan seorang kanak-kanak lelaki mengalunkan bacaan surah Al-Mulk meraih pujian ramai di media sosial.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir, 9, sudah setahun menjalani pengajian di Maahad Darul Furqan, Pendang, Kedah dan turut memasang impian bergelar Al-Hafiz atau penghafal al-Quran suatu hari nanti.

Menurut bapanya, Abdul Basir Ahmad, 36, dia sebak apabila mengenangkan minat anak ketiganya itu yang bercambah secara semulajadi pada usia yang cukup muda.

“Saya mula nampak kelebihan Wafiy masa dia berumur setahun lapan bulan. Saya biasanya akan berzikir dalam kereta, ajar dia Sifat 20. Pada usia itu, dia boleh ingat walaupun sebutan tak berapa betul.

“Ketika umur empat tahun, dia mengaji di tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Dia jadi wakil pertandingan azan dan bacaan surah pendek. Saya boleh nampak minatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ketika umur tujuh tahun, Wafiy cakap pada saya dia nak masuk tahfiz. Dia nak hafal al-Quran supaya boleh bagi syafaat untuk keluarga di akhirat kelak. Saya menangis dengar dia cakap macam tu,” ujarnya.

Menurut Abdul Basir yang juga bapa kepada enam cahaya mata, Wafiy didaftarkan ke Maahad Darul Furqan pada 14 Januari tahun lepas.

wafiy6

Abdul Basir bersama anak-anaknya.

Biarpun masih kecil, Abdul Basir yakin dengan keputusan itu memandangkan Wafiy cukup bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengejar impiannya.

“Kiranya sekarang dah setahun dia belajar di sana. Dia pelajar yang paling muda. Awalnya saya risau juga, nanti kena cuci baju sendiri, semua buat sendiri…tapi saya kata tak apa, bagi dia cuba dulu.

Saya mengalir air mata baca doa netizen. Harapnya ia boleh jadi asbab kebaikan untuk semua.

ABDUL BASIR

“Ketika dia pergi belajar di sana, Alhamdulillah Allah buka jalan dan dipermudahkan segala urusan. Saya tanya Wafiy, dia kata baik-baik semuanya. Ustaz pun kata dia OK. Wafiy cuma minta saya doakan dia,” ujar Abdul Wasir yang menetap di Pendang bersama keluarganya.

Mengulas video tular yang memaparkan anaknya sedang membaca alunan ayat suci al-Quran, Abdul Basir berkata ia dirakam ke kedai makan miliknya pada tahun lepas.

Menurut pengusaha Bihun Sup Barokah itu, dia terkejut apabila video berkenaan dihujani pujian netizen dan meraih sehingga lebih 200,000 tontonan.

wafiy5

Wafiy (jubah putih) merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

“Wafiy cuti lama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Jadi dia rajin datang tolong saya di kedai. Sambil dia buat kerja, dia hafal Quran. Jadi saya rakam video.

“Saya kata kat Wafiy, boleh ke ‘belanja’ baba bacaan surah Al-Mulk? Saya rakam nak buat kenangan. Saya pun ada sembang dengan isteri, saya kata kena cari hard disk untuk simpan semua video Wafiy.

“Lepas tu saya kongsi di TikTok, nak simpan dalam Tiktok sebab takut video hilang dalam telefon. Tak sangka pula jadi viral. Saya mengalir air mata baca doa netizen. Harapnya ia boleh jadi asbab kebaikan untuk semua,” ujarnya.

Tambah Basir, dia tidak kisah apa jua impian anak-anaknya, namun berharap agar mereka menjadi insan yang berguna buat agama.

wafiy7

Kedai makan yang diusahakan Abdul Basir.

“Saya selalu pesan pada anak-anak. Kalau kerja hebat macam mana pun, baba paling bahagia jika baba dah tak perlu kejut anak-anak bangun solat Subuh, sebaliknya masing-masing pandai jaga solat sendiri.

“Saya pesan, kita ni orang susah. Setiap orang ada rezeki atas usaha masing-masing. Kalau kita kerja, sudah tentu dapat duit. Tapi bab agama, kita tak akan dapat kalau tak belajar,” ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Abdul Basir mula mengusahakan perniagaan Bihun Sup Barokah yang terletak berdekatan rumahnya sejak tahun 2018.

wafiy8

Antara menu yang ditawarkan di Bihun Sup Barokah.

Menawarkan menu seperti bihun sup perut, gearbox, daging, nasi ayam, sate dan burger, kedai tersebut beroperasi setiap hari kecuali Selasa bermula 1.30 tengah hari sehingga 10 malam.

Dalam temubual sama, Abdul Basir turut berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap Wafiy selepas videonya tular di TikTok.

Malah, Abdul Basir turut mengalu-alukan orang ramai untuk hadir mencuba menu di kedai yang diusahakan bersama keluarganya itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleDi Usia 24 Tahun, Kini Usop Sah Jadi Suami Kepada Model, Nur Fatihah
Next articleChef Wan Pec4t Driver Pemalas, Pokok Bunga Kesayangan Kering Tidak Disiram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here