LIDAH lebih tajam daripada pedang.
Peribahasa tersebut menggambarkan kekuatan ucapan atau kata-kata seseorang itu kadangkala boleh menyebabkan rasa yang lebih menyakitkan berbanding keced3raan akib4t ser4ngan fizikal.
Justeru, manusia sering diingatkan mengenai keperluan menjaga tutur kata.
Berkongsi pengalamannya menjadi m4ngsa golongan ‘lidah berb1sa’ ini, Nur Anin Naim Azman, 27, yang aktif mencari pendapatan sampingan melalui karya lukisannya berkata, dia pernah hampir berputus asa disebabkan mulut insan bergelar sahabat.
Bercakap kepada mStar, wanita yang mesra disapa Anin ini berkata, dia memulakan perniagaannya sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sekitar dua tahun lepas.
Katanya, dia pada mulanya menghasilkan komiknya sendiri, sebelum beralih kepada seni glass painting dan juga lukisan pada casing telefon bimbit pada tahun 2021.
“Dulu saya pernah kerja di syarikat animasi Inspidea selama dua tahun tapi sekarang saya tak kerja dah, saya tolong ayah jual kuih dangai di pasar malam di Kedah sebab tak ada siapa nak tolong memandangkan adik-beradik semua dah kerja.
“Saya memang belajar melukis sejak kecil, masa tu tak ada internet jadi saya cuma mampu tiru lukis kartun pada komik dan masa itulah jumpa passion saya dan sejak itu memang tak berhenti melukis sampai sekarang,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Kelantan.
View this post on Instagram
Lukisan pada casing telefon bimbit yang dihasilkan Anin.
Sama seperti peniaga lain, usaha Anin untuk meneruskan minatnya, sekali gus mencari pendapatan sampingan juga tidak terlepas daripada ujian Allah.
“Pernah ada orang minta saya lukis lebih 100 orang pada cermin yang bersaiz A4, saya cakap tak boleh, dia cakap “eh kawan saya boleh buat kenapa kamu tak boleh” dan apabila saya cadangkan supaya guna cermin lebih besar dia tidak terima alasan tu.
“Pernah juga glasspainting saya pecah, masa tu saya baru belajar nak packing.
“Ada yang cakap tak cantik, tapi pada saya tu normal la dan saya sentiasa cuba untuk perbaiki karya,” katanya.
Glass painting hasil air tangan Anin.
Namun, apa yang membuatkan dia hampir berputus asa apabila kerjanya dipertikaikan oleh sahabatnya sendiri.
“Kawan saya cakap saya ambil lukisan orang kemudian jual, dan dia persoalkan apakah saya tak rasa tindakan itu seolah-oleh saya mencuri hak orang?
“Tapi sebenarnya saya hanya ambil tempahan pelanggan, mereka akan bagi gambar apa yang mereka nak, saya cuma lukis, saya bukan ambil gambar lepas tu tampal, tapi bila dia cakap macam tu saya tak tahu nak cakap apa sebab dia ‘main’ dengan isu halal haram.
“Kata-kata dia tu memang membuatkan saya rasa down, rasa macam nak berhenti dan terus jadi pekerja bawah orang sahaja,” katanya.
Anin dan rakan-rakannya juga aktif menghasilkan komik secara dalam talian.
Menurut Anin, dalam sehari, dia hanya mampu menyiapkan dua atau tiga casing telefon bimbit sahaja.
“So far Alhamdullilah rezeki kadang-kadang naik, dan ada turun.
“Tapi saya harap saya boleh terus maju dan bahagiakan mak ayah saya. Walaupun tak mampu bagi duit banyak, tapi sekurang-kurangnya saya sentiasa ada dengan mereka,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/