Home Petua Tips Bergelar ibu selepas 6 tahun kahwin, 3 kali gvgur… wanita anggap anak...

Bergelar ibu selepas 6 tahun kahwin, 3 kali gvgur… wanita anggap anak hadiah terbaik, tak lupa kisah beg LV misi untuk hamil

98
0

USIA perkahwinan memasuki enam tahun, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun rezeki datang tanpa diduga apabila seorang wanita disahkan hamil selepas berjaya melakukan transformasi dengan mengurangkan berat badan.

Dalam tempoh empat bulan, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg) dari 114kg kepada 98kg!

Wanita berkenaan, Farah Syahirah Zamri berkata, kejayaan itu dicatatkan pada Mei tahun lalu dan hanya kurang sebulan selepas itu dia disahkan hamil lapan minggu.

Sepanjang tempoh enam tahun berumah tangga, dia tidak putus-putus berjumpa dengan doktor yang menasihatkannya untuk mengurangkan berat badan bagi memudahkan kehamilan, termasuk mendapatkan r4watan kesuburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya disahkan hamil pada Jun tahun lalu. Jujurnya, saya excited tapi pada masa sama t4kut. Saya pernah mengalami kegvguran sebanyak tiga kali.

“Sebelum ini kandungan hanya bertahan sehingga 12 minggu. Empat minggu lagi dirasakan sangat panjang dan fikir boleh ke survive lagi,” katanya kepada mStar.

zuriat selepas 6 tahun 3

Gambar kiri: Farah sebelum mengurangkan berat badan sebanyak 16kg. (Gambar tengah) berjaya turun berat badan dan diberi ganjaran beg tangan Louis Vuitton oleh suami.

Susulan pengalaman sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu dan suami, Mohd Muhaimin Abu Bakar juga 32 tahun merahsiakan kehamilan yang hanya diketahui keluarga terdekat.

“Pada masa sama saya berjaga-jaga. Hikmah di sebalik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) apabila saya bekerja dari rumah sepenuh masa dan stres pun kurang.

“Setiap kali nak makan something, saya akan rujuk aplikasi keibubapaan nak tahu sama ada boleh makan atau memudaratkan bagi wanita hamil,” ujarnya yang lebih mesra disapa Farah.

Kisah Farah yang merupakan eksekutif teknologi maklumat (IT) itu pernah dilaporkan mStar pada Mei tahun lalu kerana transformasinya mengurangkan berat badan dan suaminya menghadiahkan beg tangan jenama mewah, Louis Vuitton (LV) sebagai ganjaran atas pencapaian tersebut.

zuriat selepas 6 tahun 4

Farah berhati-hati sepanjang kehamilannya.

Hidup ini penuh keajaiban dengan kebesaran Tuhan, Farah yang berasal dari Kuantan, Pahang akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 11 Januari lalu.

“Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan zvriat. Anak perempuan yang diberi nama Falisha Mikayla yang bermaksud menyenangkan (Falisha) dan pemberian Allah (Mikayla).

Saya mengalami kehamilan berisiko tinggi. Setiap hari saya bimbang adakah (kandungan) saya survive untuk sehari lagi?

FARAH SYAHIRAH ZAMRI

“Sebenarnya saya lebih kepada ibu moden, nak namakan anak dengan nama-nama orang putih (Inggeris). Tapi anugerah ini yang dinantikan begitu lama ini adalah lebih baik dinamakan sesuatu dengan penuh makna,” katanya dengan nada teruja.

Menyambut ulang tahun ke-32 pada 4 Februari lalu, Farah langsung tidak memikirkan mengenai senarai hadiah hari jadi pilihan daripada suami seperti tahun-tahun sebelum ini.

zuriat selepas 6 tahun 1

Cahaya mata sulung Farah dan suami diberi nama Falisha Mikayla.

“Saya mengalami kehamilan berisiko tinggi. Setiap hari saya bimbang adakah (kandungan) saya survive untuk sehari lagi?

“Bila dah bersalin, saya dan suami macam tak percaya betul ke kami dah jadi mak dan ayah.

“Suami tanya hadiah apa yang saya nak untuk birthday, saya tak tahu nak jawab. Sebab apa yang saya nak selama ini iaitu anak dah pun dapat, saya anggap hadiah terbaik.

“Nasihat saya kepada mereka yang menantikan zuriat, jangan putus asa. Insya-Allah peluang itu sentiasa ada,” katanya yang menetapkan sasaran untuk mengurangkan berat badan kepada 80kg.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article[Vide0] Anak Siti Sarah pelvk wanita mana? Ramai syak bakal ibu tiri
Next articleDalam Kenangan, Penyanyi Apo Kono Eh Jang Menlnggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here