Home Petua Tips Lama Berdiam Diri, Akhirnya Sharifah Amani Muatnaik Gambar Bersama Kekasih Hati? Siapa...

Lama Berdiam Diri, Akhirnya Sharifah Amani Muatnaik Gambar Bersama Kekasih Hati? Siapa Gerangan Bertuah..

87
0

Selepas dua kali memuat naik foto bersama seorang lelaki, pengikut laman sosial Instagram pelakon Sharifah Amani sudah mula berteka-teki mengenai status pelakon tersebut.

Pelakon Sharifah Amani baru-baru ini ada membuat ucapan hari lahir kepada seseorang pada sekeping foto yang menunjukkan sepasang tangan sedang digenggam erat.

Walaupun tidak menunjukkan wajah, tetapi ramai yang meneka ia merupakan tangan pelakon tersebut bersama seseorang yang cukup istimewa, ditambah lagi dengan ucapan ‘I love you’ yang ditulis pada ruangan kapsyen.


Yang terbaru, Amani memuat naik sekeping lagi foto dan terus mencetus tanda tanya peminat apabila di ruangan kapsyen turut tertulis perkataan ‘Saturdate’.

Pengikut laman sosial Instagram Amani sudah mula berteka-teki mengenai status pelakon tersebut, selepas dua kali memuat naik foto bersama seorang lelaki.

Di ruangan komen pengikut Amani pula tertanya-tanya siapa gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati anak dara kepada Fatimah Abu Bakar ini: “Serious tak sabar nak tahu siapa yang berjaya curi hati Amani,” komen seorang pengikut.

Menerusi hantaran sama, Amani turut menerima usikan nakal pengikut yang menulis bunyi kompang pada ruangan komen. Bagaimanapun sehingga kini Amani masih belum mendedahkan siapa jejaka yang berjaya memiliki hatinya itu.

 

Sudah tentu, ramai yang teruja untuk mengetahui siapa di hati Amani kerana di kalangan empat beradik Sharifah, hanya dia sahaja yang masih belum mendirikan rumah tangga.

KOMEN NETIZEN : 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous articleSharifah Rose gelak besar di Melodi gara2 soalan Elly Mazlein, “Kantoi sudah dik…”
Next articleAlisa 7 Hari Mencintaiku dah besar tular, “Senyuman mcm Nabila Razali”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here