Home Petua Tips “Panggil Kak Ja Saja” – Heliza Helmi Masih Tak Biasa Bawa Gelaran...

“Panggil Kak Ja Saja” – Heliza Helmi Masih Tak Biasa Bawa Gelaran Datin Seri, Murah Rezeki Selepas Berkahwin

125
0

Selepas bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi mengakui sedang membiasakan diri dengan gelaran panggilan Datin Seri.

Heliza, 36, bagaimanapun memberitahu dia lebih selesa jika orang ramai menyapanya dengan panggilan Kak Ja kerana ia membuatkan dia lebih dekat dengan peminat dan masyarakat.

“Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja.

“Kita kadang-kadang buat buat program motivasi dengan pelajar, jadi panggilan Kak Ja itu membuatkan kami lebih rapat dan mesra, nampak macam kakak dan adik.

“Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja,

Heliza ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Heliza dan Mahadi disatukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Selepas 40 hari mendirikan rumah tangga, pelakon filem Syurga Cinta ini berkata masih banyak lagi perkara baharu mengenai alam perkahwinan yang perlu dipelajari.

“Sejujurnya banyak lagi kena belajar, iyalah benda baharu mesti ada yang kita tak biasa lagi, jadi saya sedang menyesuaikan diri… kiranya macam budak tadika yang baharu nak masuk sekolah.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Soal kerjaya tak mengganggu kerana sebelum ini pun dia tahu jadual saya agak padat tapi apa-apa pun kita akan berbincang dan dapatkan kata sepakat dahulu.

“Ya betul bila dah kahwin ni rezeki memang tak jangka, nikmat Allah sangat dahsyat, kita pula rasa cuak sebab terkejut dengan apa yang Allah bagi… tak sangka, bersyukur sangat,” ujarnya.

Bercakap mengenai Road To Heaven, filem terbitan AIMC ini mengisahkan mengenai dua beradik yang aktif menyertai misi bantuan kemanusiaan dan akan menjalani penggambaran di Palestin.

Selain Heliza, filem arahan Nizam Zakaria ini turut dibintangi oleh adiknya iaitu Hazwani Helmi dan Josiah Lim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous article“Kita Jumpa Adik-Beradik & Keluarga Di Syurga,” – Ziana Zain N4ngis Seb4k Wish ‘Bday’ Anuar Zain, Perkongsian Haiza Buat Ramai Tersentuh
Next article“Muka cina” – [Vide0] Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here