Pasangan terkenal, Sari Yanti dan Jep Sepahtu merupakan diantara selebriti yang jarang sekali terpalit kontr0versi, bahkan kedua pasangan ini antara yang paling popular dalam industri hiburan tanah air.
Sari Yanti dan Jep juga semakin bahagia disamping lima cahaya mata mereka, dimana sebelum ini, Sari selamat bersalin pada 15 Mei 2021.
Baru-baru ini, perkongsian Sari Yanti di media sosial telah mendapat perhatian ramai apabila mengucapkan terima kasih kepada suami tersayang yang memberikan hadiah ulang tahun perkahwinan mereka berbentuk sebuah jam tangan mewah.
“Alhamdulillah. Anniversary gift came early. Thank you Sayang . Semoga Allah swt merahmati ikatan kita sampai syurga,” tulis Sari di ruangan kapsyen sambil menjelaskan hadiah tersebut diberikan lebih awal berbanding tarikh ulang tahun perkahwinan mereka iaitu pada 25 Februari nanti.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 12k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata meneka bahawa harga jam berjenama Frank Muller Geneve itu bernilai puluhan ribu dan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Untuk makluman, Sari Yanti mendirikan rumah tangga bersama Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Komen netizen:
Sumber: Instagram sariyanti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/