Masa bersama keluarga pastinya akan memahat memori terindah yang akan tersemat di hati setiap insan sampai bila-bila.
Begitulah adegan sebuah keluarga yang tular di media sosial apabila mengenakan pakaian yang sama semasa sedang dalam perjalan percutian ke Pulau Langkawi.
Menerusi perkongsian video berdurasi seminit tiga saat oleh @BenzZahid di Twitter berkata, dia disuruh oleh isterinya untuk memakai baju yang dibeli oleh isterinya bagi percutian itu.
Namun, menurut @BenzZahid, tanpa pengetahuannya, perkara itu sudah dirancang oleh isterinya untuk memaksa beliau mengenakan pakaian yang sama seperti beberapa ahli keluarganya yang juga turut terkejut tentang perkara itu.
“Kalau tiba-tiba isteri korang beriya belikan baju, kemudian suruh pakai masa nak pergi bercuti dengan keluarga, hati-hati.
“Itu mungkin perangkap, aku biras-biras serta bapa mertua baru je jadi mangsa,” ciapnya.
Video:
Kalau tetiba wife korang beriya belikan baju then suruh pakai masa nak pergi holiday dengan family, hati-hati. Itu mungkin perangkap. Aku, biras-biras serta pak mertua baru je jadi mangsa pic.twitter.com/jq5MH9hRvt
— Zahid (@BenzZahid) February 21, 2022
Adegan lucu itu turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Ketika artikel ini ditulis ianya telah mendapat 7.8k likes dan 3.4k retweet.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.keramatviral.com/