Penyanyi dan pelakon serba boleh Tomok, memuatnaik gambar lama selepas menghadiri ujibakat program realiti ‘One In A Milion’ di Instagram menarik perhatian orang ramai di media sosial.
Kenang Saat Hadiri Ujibakat ‘One In A Million’
Menurut Tomok di Instagram nya, foto yang dimuat naik itu diambil selepas menjalani sesi ujibakat program realiti ‘One In A Million’ bagi musim ketiga pada tahun 2009.
Mengenang kembali perjalanannya dalam program tersebut, Tomok mengatakan dirinya berterima kasih pada Sang Pencipta atas nikmat yang diberikan kepadanya.
“Gambar ini di rakamkan selepas saya pergi ujibakat program realiti One In A Million musim yang ketiga pada tahun 2009.
Terima kasih ALLAH atas segala nikmat yang di berikan” tulisnya
Terpegun Lihat Gaya Rambut Lagenda
Melihat gambar lama Tomok pada tahun 2009 itu, membuatkan ramai peminat dan rakan selebriti terpegun terutama tatkala melihat gaya rambut Tomok yang sangat trendy pada waktu itu.
“Wow rambut lurus” komen Indah Ruhaila
“Power” ujar Erul Samah
“Zam, rambut tu ada jual dekat Shopee tak?” kata Syamim Farid
“@tomokofficial tak nak teringin nak ada rambut lagi ke? Zaman-zaman remaja dulu” seloroh salah seorang peminat
Memang gaya rambut ‘lejen’!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://murai.my/