Home Petua Tips “Saya teruja Umumkan Koleksi Ini Setelah Berbulan Lamanya Kami Rahsiakan Persiapannya,” –...

“Saya teruja Umumkan Koleksi Ini Setelah Berbulan Lamanya Kami Rahsiakan Persiapannya,” – Neelofa

90
0

Naelofar secara rasminya melancarkan kolaborasi pertama dengan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengetengahkan nilai keberanian, koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema ‘Perjalanan untuk anda cipta’, yang menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel.

Mengulas mengenai projek istimewa berkenaan, Neelofa selaku pengasas Naelofar akui teruja.

“Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya. Malah kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya.

“Ariel dilihat sebagai karektor wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi,” katanya.

Meski tidak dapat hadir pada majlis pelancaran kerana masih dalam tempoh pantang, Neelofa bagaimanapun mahu terus menyokong wanita muslimah di luar sana.

“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka.

“Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab.

“Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah,” katanya lagi.

Hadir dalam enam warna menarik yang membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel, koleksi ini boleh didapati pada harga RM119 sehelai.

Koleksi turut mengetengahkan rekaan kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza dan dipasarkan pada harga RM199 sehelai.

Sebagai pelengkap, hiasan logam tapak sulaiman rekaan eksklusif Disney X Naelofar diletakkan pada hijab dan juga hujung lengan kaftan.

Bagi melengkapkan penggayaan koleksi, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut direka dan dijual pada harga RM149 setiap satu untuk memenuhi keperluan penggayaan harian wanita.

Diperbuat daripada PVC dan trim kulit vegan, bag membawa konsep terbuka dengan rekaan tembus lihat untuk mewakili air laut dalam kehidupan bawah laut Ariel.

Para peminat duyung dijemput untuk menikm4tipengembaraan laut di LG Oval Atrium, One Utama Shopping Centre bermula 24 Februari lalu hingga 27 Februari 2022.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleTomok Kongsi Foto Lama Pada Tahun 2009, Gaya Rambut Jadi Perhatian?
Next articlePertama Kali Nyanyi Kesetiaan, Shuib Sepahtu Vir4l- “Suara Dia Dgn Jep Memang Padu”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here