Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah mungkin seorang gadis yang berpakaian seperti lelaki, atau mungkin watak seperti Johana yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dalam drama Bukan Gadis Biasa, dan anda sebahagiannya betul dalam andaian anda.
Tomboy tidak mengambil berat tentang apa yang orang lain fikirkan tentangnya dan mereka hanya berpakaian mengikut keselesaan diri sendiri. Ia hidup mereka, bukan hidup anda. Mereka juga lebih mudah bergaul dan ada sebab tertentu atau kisah terpendam yang membuatkan mereka berubah menjadi begitu.
Beberapa hari lalu, tular sebuah video seorang gadis tomboi disolek oleh jurumekap yang berubah menjadi ayu.
Video
Walau bagaimanapun, selepas anda bertemu dengannya dan bercakap dengannya, anda akan mendapati bahawa kekurangan daya tarikan femininnya tidak banyak memberi kesan kepada dirinya yang hebat. Pemilik akaun @hell0angah0.2 atau lebih dikenali angah ini berjaya mengubah penampilannya berkat bantuan Dato’ Aliff Syukri. Manakan tidak, dia berpakaian seperti lelaki dan ramai orang menyangka bahwa dia adalah lelaki. Dia mempunyai rambut pendek, sama seperti lelaki.
Hasil solekan dari jurumekap berjaya mengubah dirinya yang tidak pandai berhias menjadi cantik. Terserlah keayuan dan kesopanan gadis ini ketika memperagakan tudung dengan pakaian sopan itu.
Sumber TikTok
Rezeki tak salah alamat
Gadis ini juga diambil sebagai model Datin Shahida, isteri kepada Dato’ Aliff Syukri. Dia sememangnya cantik dan ada juga seorang individu berpendapat “jadi laki hensem jadi pmpuan lawa“. Seorang netizen juga ada yang bergurau “sebenarnya datin nk ubah cara angah…tq datin sambil menyelam minum air“.
“Angah, you so perfect..soo beautiful,” ujar netizen.
Malah, ada netizen turut menyamakan wajah gadis tersebut seperti pelakon terkenal iaitu Reen Rahim dan Uyaina Arshad. Difahamkan, gadis ini terlihat cantik seperti mempunyai kacukan arab kerana ayahnya orang negara Bangladesh.
“Awak cantik” – komen Dato’ Aliff Syukri
Gadis ini juga berpuas hati dengan perubahan itu dan berharap dirinya boleh berubah suatu hari nanti. Pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita ini dan mendoakan agar gadis ini terbuka hatinya untuk berubah menjadi lebih feminin.
“Harap ii dengan cara ni, dia mendapat hidayah dan teruskan beristiqomah dengan sempurna dan seikhlasnya,” tulis seorang netizen lagi.
Berikut antara komen lain dari netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.malaysiatime.me/