Home Petua Tips “Jangan Terlalu Mengharap Suami” – Ini Pesanan Che Ta Buat Para Isteri

“Jangan Terlalu Mengharap Suami” – Ini Pesanan Che Ta Buat Para Isteri

102
0

Sempena Hari Wanita Sedunia 2022 semalam (Selasa), aktres terkenal Rozita Che Wan, secara peribadi sempat berkongsi makna disebalik sambutan itu untuk dirinya

Pelakon berusia 49 tahun yang mesra disapa sebagai Che Ta itu berkata, seorang wanita itu perlua menjadi individu serba boleh.

Memetik laporan Harian Metro, kata Che Ta, wanita juga perlu bekerja keras dan kuat dalam melayari perjalanan hidup yang penuh ranjau

“Wanita atau isteri perlu ada di belakang suami tetapi pada masa kini kita harus ubah persepsi itu. Wanita perlu berdiri sama tinggi dengan mereka.

“Saya ada pengalaman, suami bekerja tetapi saya tidak. Namun, apabila kita mempunyai karier sendiri, suami akan menghormati.

“Wanita atau isteri jangan terlalu bergantung harap pada suami. Lelaki ada dua sahaja, sama ada dirampas atau meninggal dunia. Kalau suami diambil orang, biarkan dan jangan menangis,” katanya.

Pengalaman melihat ibunya membesarkan mereka tujuh beradik selepas kematian bapa juga mempengaruhi cara Che Ta mengendalikan kehidupannya.

Katanya, bapa mereka meninggal ketika ibunya berusia 35 tahun dan masih berpantang selepas melahirkan adik bongsu Che Ta. Namun, ibunya tidak mengharapkan ihsan orang lain tetapi bekerja keras menyara keluarga.

“Keadaan itu membuatkan saya nampak macam mana usaha dan kerja keras mak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : CARI

Previous articleAaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video ‘A1b’ Kak Long – ‘Kasihan Anaknya, Nanti Nak Pergi Sekolah Malu…’
Next article“Saya Tanya Pada Tuhan, Apa Boleh Saya Buat…,” – Pembaca Berita, Ezreena Amir Hamzah Kini Berhij4b, Abang Jadi Asb4b Berubah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here