Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu iaitu Shila Amzah memohon agar dirinya diberikan ruang untuk untuk fokus pada dirinya sendiri serta menjadi ibu yang baik buat anaknya, Seth Uwais.
Menerusi Instagram, selebriti yang turut mencipta nama di negara China itu mengakui dirinya belum sembuh daripada kekecewaan akibat keruntuhan rumah tangganya.
“Saya masih belum sembuh. Fokus saya satu-satunya adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Seth dan segala yang lain bukan keutamaan saya.
“Kesediaan untuk memulakan apa pun dengan siapa pun, memang jauh lagi dan tiada.
“Sebagai seorang wanita, saya bersyukur atas segala doa yang baik-baik,” katanya.
Wanita berusia 32 tahun itu mengakui suatu ketika dahulu sering kali terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Bagaimanapun, seiring peningkatan usia, Shila tidak lagi ambil peduli dengan apa saja yang diperkatakan oleh orang sekeliling.
“Dikala muda, saya selalu cepat terguris dengan perkara negatif. Apa yang orang cakap dan tulis. Apa saja yang berbaur negatif, saya cepat tersinggung. Tetapi, tahun demi tahun, saya menyedari ia adalah perkara paling bodoh.
“Saya okay sahaja. Tapi, kalau kalian okay dengan saya, tolong berikan saya ruang. Selepas bercerai, iddah pun beli habis lagi.
“Ini adalah kali pertama saya fokus pada diri sendiri. Seumur hidup memang saya berikan diri saya sepenuhnya hanya untuk orang lain,” katanya yang masih menikmati kejayaannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36.
View this post on Instagram
Terdahulu, Shila Amzah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018.
Bagaimanapun, mahligai yang dibina selama empat tahun itu terlerai pada Februari lalu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://b.cari.com.my/