Selebriti popular, Neelofa tidak membuta tuli menghakimi seseorang termasuk adik-beradiknya yang masih belum terbuka hati untuk menutup aurat dengan sempurna.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor. Neelofa Mohd. Noor dalam satu sesi Instagram ‘live’ bersama rakan seperjuangan, Izara Aishah baru-baru ini memaklumkan, kalau bercakap tentang aurat, sukar untuk dirinya memberikan pendapat kerana dia sendiri banyak kekurangan.
“Kita sentiasa nasihat-menasihati. Saya pun ada ramai adik-beradik yang mana, kita saling tegur-menegur.
“Saya pun tidaklah sempurna dan banyak lagi kekurangan. Kalau sebut tentang aurat, saya boleh cakap yang benda ini tak boleh nak bawa berbincang.
“Tak boleh nak minta kurang, tak boleh nak minta diskaun. Benda ini adalah suruhan Allah SWT yang kita perlu ikut,” kata Neelofa, 33.
Neelofa bagaimanapun percaya bahawa, sebelum seseorang itu ingin perbaiki dari segi kelakuan atau keperibadian, mereka perlu buat yang wajib dahulu iaitu menutup aurat dengan sempurna.
“Ada sesetengah orang cakap, pakai tudung tapi percakapan masih kot0r dan perangai tak elok apa semua.
Video:
“Sebenarnya, letak tepi dahulu benda-benda yang boleh diperbaiki itu. Buat yang wajib dahulu (tutup aurat), apa yang Allah suruh dan terkandung dalam al-Quran.
“Kemudian, perlahan-lahan perbaiki benda lain yang sememangnya boleh dibaiki. Tapi, kalau yang wajib tak dipenuhkan lagi, macam mana (yang lain), mesti susah sikit,” ujarnya.
Sekadar info, Neelofa mula bertudung penuh pada Julai 2014 sebelum mula berpenampilan berniqab Oktober 2020.
Komen Netizen:
Selain Neelofa, tiga adik-beradiknya yang lain iaitu Nur Ameera Khan, Noor Nabila dan Nur Athisha cukup dikenali dan popular dalam industri seni tanah air walaupun tidak berkecimpung secara serius dalam bidang berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :http://www.sinarviral.com/