Home Petua Tips “Paling Dirisaukan Sekiranya Tak Siap Kalau Saya Pergi Dulu,” – Aeril &...

“Paling Dirisaukan Sekiranya Tak Siap Kalau Saya Pergi Dulu,” – Aeril & Wawa Syukur Lega, Niat Projek Bina Masjid Dah Boleh Diteruskan – Media Hiburan

99
0

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur apabila usaha mereka untuk membina sebuah masjid menerusi Yayasan Ibnu Sunari akhirnya diluluskan minggu lalu selepas hampir dua tahun memohon.

Menurut Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yayasan itu ditubvhkan bagi meneruskan projek berkenaan Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor.

“Masjid yang kami rancang itu belum boleh didirikan di lokasi sama sebab tidak ada yayasan atau akaun asing. Bayangkan ia tertunda selama dua tahun. Banyak dugaan dan rintangan bila mahu lakukan sesuatu kebaikan. Ia bukanlah senang.

“Apapun alhamdulillah kami lega ia akhirnya dipermudahkan. Insya-Allah dalam bulan depan kita sudah boleh buka akaun dan sebagainya. Satu hal sudah selesai dan selepas ini insyaAllah akan ada niat lain yang akan kami teruskan.

“Saya memohon supaya niat ini dipermudahkan. Bayangkan dalam tempoh dua tahun itu, terfikir susahnya untuk berbuat kebaikan. Ada sahaja halangan. Rasa nak putus asa pun ada juga, cuma sekarang kami rasa syukur dan lega,” katanya.

Dalam pada itu, kos pembinaan masjid yang mampu memuatkan kira-kira 400 jemaah itu sudah bertambah dari RM1.4 juta kepada RM2.5 juta susulan harga pasaran semasa.

“Rekaan masjid dan siap dan perekanya sudah dibayar. Dulu kami ada maklumkan kos pembinaan sekitar RM1.4 juta, tapi selepas cvdI9 kami diberitahu harga besi semua sudah naik dan ia meningkat kepada RM2.5 juta.

“Saya memang sudah asingkan RM1.4 juta, tapi mungkin selepas ini kami akan buka pada orang ramai jika mahu turut sama menyumbang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Sementara itu, Aeril menjelaskan pembinaan masjid itu adalah ni4t yang mahu direalisasikannya.

“Bukanlah bernazar, tapi sudah menjadi niat. Bagi saya, apa yang paling dirisaukan ialah sekiranya ia tak siap dan kalau saya pergi dulu. Sekurang kurangnya kalau saya sudah men1nggal dun1a, ada benda baik yang boleh saya bawa di sana,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Wawa dan Aeril menerusi Wawa Cosmetics bakal melancarkan Wawa Fantasy Dream pada 25 Mac depan.

Set berkenaan adalah edisi kedua selepas kejayaan Wawa Unicorn Edition yang habis terjual dua tahun lalu.

“Kami pilih untuk mengekalkan konsep ‘fairytale’ kerana ramai yang suka selain ia adalah edisi terhad. Yang istimewanya kali ini, saya turut membuat ‘cover’ lagu Snow White versi Melayu untuk video klip kempen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Edisi pertama sebelum ini ‘sold out’ dalam tempoh seminggu. Ada pembeli yang tidak sempat untuk milikinya. Jadi saya fikir, edisi baru ini sebagai hadiah kepada mereka di luar sana.

“Sebenarnya kami sudah lama rancang untuk lancarkan Fantasy Dream Night ini, cuma ada beberapa kekangan dengan pandemik c0v1d-19 dan sebagainya. Jadi sekarang adalah masa yang sesuai.

“Kita keluarkan 80,000 set untuk pengeluaran pertama. Harapnya ia mendapat maklum balas yang baik daripada semua, insyaAllah,” kata Wawa.

Aeril dan Wawa terdahulu turut bersyukur selepas berjaya memiliki wisma perniagaan sendiri, Wawa Cosmetic HQ yang bernilai RM3.2 juta di sebuah lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleBergelar Profesor Madya, Soo Wincci Jadi Pensyarah Di UiTM
Next articleShuib Tak Galak Anak Ikut Jejak Langkah, Masuk Dunia Hiburan – “Saya Tak Cenderung Untuk Mereka Jadi Artis”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here