Memiliki gigi yang tidak rata, romp0ng atau berwarna kekuningan boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri bagi sesetengah individu.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengubah kedudukan gigi supaya kelihatan lebih cantik, memakai pendakap gigi (braces) dalam satu tempoh lama adalah pilihan terbaik walaupun memakan kos yang tinggi.
Turut mahu menambah keyakinan diri, g4dis bernama Marsya Fazlin Nasirudin, 19, mendapatkan khidmat doktor untuk memperbaiki masalah giginya yang jongang (overbite) dengan memakai braces bermula Januari 2019 hingga Mei 2021.
Namun menurutnya yang senang disapa Marsya, tempoh ‘peny3ksaan’ selama tiga tahun memakai braces ini tidak berbaloi apatah lagi dengan menelan kos lebih RM7,000.
“Saya pakai braces ni selama tiga tahun sampai lepas raya tahun 2021. Tapi dalam k3s saya ni, walaupun dah pakai lama, gigi tu masih buruk sebab keadaan asal gigi tu memang dah tak cantik dan rahang tak lurus.
“Sepanjang proses pakai braces ni sangat s4kit. Tak pernah sehari pun tak ada ulser atau lvka dalam mulut. Pipi bahagian dalam ni sampai terkoyak dan berd4rah.
View this post on Instagram
“Tapi perjalanan sepanjang pakai braces ni menarik walaupun banyak pengalaman meny4kitkan. Saya sendiri rasa lebih cantik masa tengah pakai pendakap gigi. Lagi seronok berat badan saya pun makin turun sebab tak ada selera nak makan,” jelasnya ketika dihubungi mStar.
Menurut Marsya yang merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia tidak berpuas hati dengan hasil pemakaian pendakap gigi tersebut.
Marsya akui mengalami penurunan berat semasa memakai pendakap gigi selama tiga tahun.
Bukan itu sahaja, ujar Marsya wang yang dibelanjakan dengan harapan untuk mendapatkan gigi yang cantik juga tidak berbaloi.
“Waktu mula-mula pakai tu saya masih bersekolah jadi mak yang tanggung semua kos. Tapi saya sangat tak puas hati sebab kosnya terlalu mahal dan ada caj tersembunyi.
“Contohnya saya kena bayar RM50 untuk setiap satu biji besi braces ni hilang. Kos scaling gigi pun RM150 setiap kali buat. Setahun saya kena buat scaling ni dua kali. Semua kos dalam tempoh tiga tahun tu tak termasuk kos RM7,000 pakai braces.
Sepanjang proses pakai braces ni s4kit sangat… tak pernah sehari pun tak ada ulser atau lvka dalam mulut.
MARSYA FAZLIN NASIRUDIN
“Macam k3s saya ni gigi jenis kecil dan tak rata jadi braces tak boleh membantu untuk cantikkan gigi pun cuma boleh luruskan saja. Tapi gigi atas saya jongang sebab saiz gigi kapak besar daripada gigi lain. Beberapa batang gigi saya ada kaviti dan kesan gam braces lepas tu ada karang dekat bahagian depan gigi,” ujar Marsya penuh hampa.
Namun menurut anak bongsu daripada dua orang adik beradik ini, masalah gigi berselisih yang dialaminya selema ini dapat dikurangkan dan kini lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain.
“Perasaan saya bercampur baur juga la. Gembira sebab gigi dah tak s4kit sangat macam sebelum ni cuma banyak sangat dah melabur duit. Padahal duit tu boleh guna untuk benda lain sebab masa p4ndem1k haritu saya memang ada banyak isu bab duit.
G4dis ini merasakan giginya masih jongang walaupun sudah selesai menjalani proses memakai braces.
“Saya dah tanya doktor tapi dia cakap gigi saya jadi macam tu sebab tak konsisten pakai elastic band. Kalau saya teruskan lama lagi pakai, boleh cantikkan sikit tapi kena teruskan bayar.
“Doktor ada cadangkan suruh buat pembedahan rahang untuk kurangkan jongang. Tapi apa-apa pun, saya tak salahkan doktor yang buat servis pakai braces ni. Saya sendiri yang tak minum susu dan gosok gigi dengan baik dari kecil,” katanya.
Berikutan video di TikTok yang menjadi tular, para warga maya turut berkongsi pengalaman sama di ruangan komen mengenai masalah dihadapi selepas memakai pendakap gigi.
Marsya menitipkan pesan kepada orang ramai agar memilih untuk pakai braces jika alami mas4lah gigi yang kritikal sahaja.
Dalam pada itu, g4dis ini turut menitipkan nasihat kepada orang lain yang ingin memakai braces juga.
“Kebanyakan komen suruh bersyukur dan ada komen kata saya nak pujian je sebab dalam video tu nampak okey saja gigi saya. Saya bersyukur cuma rasa sikit rugi sebab banyak melabur duit.
“Nasihat saya kalau ada yang nak pakai, boleh pakai kalau k3s gigi tu sangat serius sampai menyakitkan atau memang ada bajet duit yang lebih. Kalau kes biasa-biasa je macam saya tak perlu rasanya, sebab perjalanan pakai tu lagi banyak yang s4kit dari yang baik,” katanya memberi pendapat.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar