Home Petua Tips “Saya Pakai Bila…”- Ded4h Emas Di Badan Bernilai RM200,000, Ifa Raziah Jawab...

“Saya Pakai Bila…”- Ded4h Emas Di Badan Bernilai RM200,000, Ifa Raziah Jawab D4kwaan Barang Tiruan

100
0

Pelakon dan pengacara, Ifa Raziah mendedahkan barang kemas yang terletak pada tubuhnya bernilai hampir RM200,000.

Kata Ifa, perhiasan emas ditubuhnya itu tidak digayakan selalu dan hanya dipakai ketika ke acara tertentu.

“Rantai sahaja dalam RM100,000, gelang saya yang satu RM60,000 dan sebelah lagi RM15,000. Cincin berlian ni lain lah pula kiranya.

“Saya ini bukannya tiap-tiap hari pakai barang kemas begini. Cuma saya akan pakai bila masa majlis atau program tertentu sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.


Ifa ditemui pada malis sidang media program tersebut yang diadakan di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Khamis lalu.

Dalam pada itu, Ifa turut memberitahu dia tidak bimbang memperagakan barang kemas nilai ratusan ribu ringgit itu kerana mempunyai lima orang bodyguard atau pengawal yang bersamanya.

“Saya ada lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas begini,” beritahunya.

Ditanya apabila ada d4kwaan yang mengatakan barang kemas yang digayakan adalah tiruan, Ifa tidak menghiraukannya.

“Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya.

“Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,” jawabnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Gempak

Previous article“Bilal Nak Pandai Meniarap Dah…” – Neelofa
Next article“Sayang dia tu…,” – [VIDEO] Fahri men4ngis nak ikut Baba pergi ‘work’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here