Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai, Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka.
Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan anak lelaki sulungnya itu sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri.
Menginjak usia hampir dua tahun, Fahri sentiasa mencvri perhatian ramai apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsi oleh Dayah menerusi laman Instagram rasmi miliknya.
Terbaru menerusi instagram, Dayah merakam gelagat Fahri yang ingin mengikut babanya pergi bekerja. Pada mulanya, Fahri memberikan reaksi muka yang gembira apabila didukung babanya, namun menangis setelah ditinggalkan.
“Selama ni Tchanif cakap setiap kali bubye , Ibu akan menangis , itu memang SOP dia , maksudnya memang expected . But now dah ada Fahri, nampaknya menurun la , dengan lebih penuh perasaan dan penghayatan huhu. Sabar okay berbi, Ibu faham huhu. Sayang dia tu,” tulis Dayah di ruangan kapsyen.
Video:
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 32.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut sedih melihat Fahri menangis.
Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Komen netizen:
Sumber: instagram dayahbakar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber ://www.sinarviral.kini.blog