Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, primadona filem Melayu, Erra Fazira turut mengambil kesemp4tan 10 malam terakhir Ramadan untuk menunaikan ibadah umrah.
Turut serta dalam rombongan Erra ialah rakan baiknya, pelakon Betty Banafe.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Erra memohon doa agar diampunkan segala sal4h sil4p serta diterima ibadahnya.
“Assalamuailakum, di malam-malam penghujung Ramadan ini, saya ingin mengambil kesemp4tan mem0hon 4mpun dan maaf di atas segala sal4h sil4p, kekur4ngan serta kelemahan saya sama ada sengaja mahupun tidak, lis4n mahupun perbuatan.
“Moga segala ibadah kita diterima Allah, segala dos4 di4mpunkan dan segala doa dimakbulkan. Amin,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sementara itu, menjenguk di ruangan Instagram Betty, pelakon tersebut mengharapkan mereka mendapat mengejar malam istim3wa Lailatul Qadar yang begitu direbut-rebut semua Muslimin dan Muslimat.
“Sekadar berkongsi, malam ini di Mekah adalah malam 25 Ramadan. Jamatul ulama mengatakan Lailatul Qadar masih belum keluar, InsyaAllah.
“Moga malam ini atau malam 27 atau 29. Doa kami juga agar doa kalian semua diterima tanpa hijab dan diberikan ketenteraman jiwa serta hidup dalam redha Allah SWT. Amin ya Rab,” tulis Betty.
Selain, Erra, Betty dan Siti Nurhaliza beberapa artis lain turut berkesempatan menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini seperti penyanyi Daiyan Trisha, Naim Daneil, Datuk Nora Ariffin, pelakon Datin Fouziah Gous, Zulin Aziz dan Saharul Ridzwan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : www.sinarviral.kini.blog