BEBERAPA hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik.
Pastinya jualan tiket bas ekspres ke semua destinasi habis dijual ‘bak pisang goreng panas’ malah tak lupa juga persediaan rapi oleh golongan perantau yang menaiki kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung.
Namun, adakalanya nasib tidak menyebelahi kita seperti jejaka ini, Adli Russelan, 26, yang pada awalnya mahu pulang beraya di desa dengan kereta baharu tetapi hajatnya ini tidak kesampaian.
Bercerita kisah malangnya kepada mStar, Adli memberitahu bahawa kereta tempatan yang ditempah pada 12 Januari lalu dengan penasihat jualan sebuah syarikat menjual kereta hingga kini belum diterima.
“Saya tempah kereta tu awal tahun ni. Masa mula-mula datang showroom, saya dah tanya SA (sale advisor) tu untuk kepastian sama ada boleh ke saya nak dapatkan kereta ni sebelum raya.
“Dia beritahu boleh tapi dengan syarat saya tak boleh pilih warna. Saya yakin 100 peratus dekat SA tu. Jadi saya rela hati setuju dengan pilihan ‘open color’ (terima warna kereta secara rambang) asalkan dapat guna kereta tu untuk saya pandu balik raya tahun ni.
“Dua minggu sebelum balik raya ni saya ada follow up semula dengan SA tapi dia beritahu ramai tengah menunggu. Tempahan sejak bulan Disember pun masih ada yang belum terima,” jelas Adli penuh hampa.
View this post on Instagram
Tangkap layar perkongsian Adli mengenai tempahan keretanya.
Ujar jejaka yang kini bekerja di sebuah syarikat di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini lagi, dia sangat kecewa dengan janji palsu yang diberikan oleh penasihat jualan tersebut.
Malah apa yang lebih meny4kitkan hati apabila masalah ini tidak diberitahu lebih awal bagi memudahkan dia mencari alternatif lain untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang.
Tambahnya lagi, masalah yang berlaku ini menyukarkan dia kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh menaiki motosikalnya berjenama Demak DVS 110 yang sudah uzur.
Saya memang tak yakin nak berjalan jauh dengan motosikal tu tapi tawakal saja asalkan boleh sampai ke rumah.
ADLI RUSSELAN
“Haritu janji boleh dapat sebelum raya tapi apabila saya tanya sekarang tak dapat pula. Itulah yang buatkan saya ger4m sebab tak beritahu awal-awal jangkaan sebenar untuk dapat kereta tu.
“Kalau maklumkan daripada awal, senang saya nak rancang beli tiket bas. Sekarang ni dia dah menyusahkan saya balik. Nak balik naik bas pun tiket dah habis.
“Yang ada cuma motosikal ni saja tapi saya tak yakin nak tunggang jauh. Saya pernah tunggang dari Pahang ke Pulau Pinang masa dapat kerja pertama dulu. Masa naik bukit dekat Cameron Highland tu motosikal ni ‘semput’ sampai terpaksa rehatkan dulu sejam baru jalan semula,” katanya lagi.
Ada sebilangan netizen yang baik hati untuk menumpangkan Adli ke Pahang.
Namun, demi berjumpa sanak saudara yang sedang menunggu kepulangannya di kampung, lelaki ini hanya berserah dan nekad pulang dengan menaiki motosikal yang sudah digunakan lebih lima tahun ini.
Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, jejaka ini menerima banyak komen yang turut berkongsi pengalaman sama seperti Adli.
Tidak terlepas juga ada sesetengah pihak yang turut bersimpati dengan video yang dikongsikan sehingga sanggup ingin menumpangkan jejaka ini untuk pulang ke kampung halamannya.
“Saya memang tak yakin dengan motosikal tu nak berjalan jauh tapi tawakal saja asalkan boleh sampai ke rumah. Ada yang nak komen dekat video tu nak tumpangkan saya balik tapi saya segan nak menyusahkan orang lain pula demi masalah saya.
Adli berharap orang ramai agar sentiasa melakukan followup dengan SA agar masalah yang dialaminya tidak berlaku.
“Tujuan saya post video tu cuma nak meluah rasa sedih pada sikap sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Saya harap mereka tak ‘tabur janji manis’ lagi dekat pelanggan macam ni demi untuk kejar sales.
“Saya harap mereka dan orang yang nak ambil kereta baharu lepas ni ambil iktibar dengan apa jadi dekat saya. Kesian pada orang yang memang memerlukan kereta untuk kepentingan lain seperti hantar mak sakit ke hospital.
“Disebabkan menunggu tempahan terlalu lama, terpaksa sewa kereta tanggung kos tinggi sebab belum dapat kereta,” ujar Adli menutupi kisahnya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar