Home Petua Tips Sambutan hari jadi bertukar p1lu! Ibu tergamam permintaan anak usia 11 tahun,...

Sambutan hari jadi bertukar p1lu! Ibu tergamam permintaan anak usia 11 tahun, hanya berserah kepada Allah

109
0

PERMINTAAN seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ketika sambutan hari lahirnya pada 26 April lalu membuatkan seisi keluarganya menitiskan air mata.

Video berdurasi 1 minit 26 saat yang dikongsikan di laman sosial itu turut mengundang seb4k warganet.

Mana tidaknya, permintaan kanak-kanak bernama Nur Laily Risqah Mohd Rizal itu mengejutkan semua pihak terutama ibu dan bapanya.

Hari jadi yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar pilu.

Laila mengharapkan ibu dan ayahnya kembali bersama.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kepada kanak-kanak itu, Norlaila Narun berkata, dia dan ahli keluarga yang hadir pada majlis sambutan hari lahir tersebut tergamam sebaik mendengar permintaan anak sulungnya yang mahu dia dan bekas suami disatukan kembali.

“Ayah dia sangka Laily akan minta kebenaran untuk tinggal bersama saya kerana dia telah berjaya menjadi pengawas sekolah, tetapi sebaliknya lain pula yang berlaku.

“Sebenarnya selepas berpisah, saya dan bekas suami sudah buat keputusan supaya masing-masing menjaga dua anak dan dia mahu menjaga Laily… tapi disebabkan dapat tawaran jadi pengawas, dia izinkan Laily untuk tinggal bersama saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Laila mengharapkan ibu dan ayahnya kembali bersama.

“Bagaimanapun, keputusan itu tidak dimaklumkan lagi kepada anak-anak termasuk Laily. Oleh itu, kami berdua terkedu dan tidak dapat berkata-kata sebaik mendengar permintaannya,” jelas Laila ketika dihubungi.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, kematangan anaknya yang baru berusia 11 tahun juga amat mengejutkan dan di luar jangkaan.

Malah katanya, Laily seakan faham dengan situasi yang berlaku dan ketika diminta memilih sama ada mahu tinggal bersamanya atau bekas suami, Laily menyatakan dia sanggup ditempatkan dengan bapanya.

Gambar raya Laila bersama bekas suami dan anak-anaknya.

Gambar raya Laila bersama bekas suami dan anak-anaknya.

“Dia sanggup menjadi peneman ayah… sebab tidak mahu ayahnya sedih kerana perlu tinggal sendirian. Sedangkan sebelum ini dia asyik menangis kerana tidak mahu tinggal bersama bekas suami,” katanya.

Menceritakan tentang keperibadian Laily, peniaga dalam talian bagi produk coffee kurus itu, anaknya seorang yang kurang bercakap tetapi berperwatakan agak serius.

Melihatkan kematangan anaknya, Laila berkata, ia berkemungkinan disebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa bersamanya ketika sedih mahupun gembira.

“Kalau saya ada masalah seperti tidak sihat, saya selalu berkongsi dengan dia… tapi berkenaan hubungan dengan bekas suami, dia memang tidak tahu dan hanya sedar kami berpisah selepas bekas suami sudah tidak tinggal bersama.

Laila bersama anak-anaknya.

Laila bersama keempat-empat anaknya.

“Kadang-kadang saya ada bertanya dia ‘kalau ibu cari ayah lain macam mana?’. Laily jawab ‘nama kakak binti Mohd Rizal sahaja tidak boleh binti orang lain’,” katanya yang berpisah pada September 2021.

Menyentuh soal kehidupannya dengan bekas suami, Laila berkata, dia tidak berani mengulas lanjut dan hanya berserah kepada Allah SWT.

Mesti sudah lama dia pendam hasrat itu.

NETIZEN

Video perkongsian di aplikasi TikTok menjadi tular sehingga meraih lebih 1.4 juta tontonan.

Rata-rata warganet mendoakan Laila dan bekas suami agar kembali bersama sebagai suami isteri, selain turut menyatakan anaknya sudah lama memendam hasrat berkenaan.

“Mesti sudah lama dia pendam hasrat itu.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Permintaan yang sangat berharga bagi dia.

“Semoga impian kakak tercapai. Makcik doakan yang terbaik untuk keluarga kakak.

“Zaman kanak-kanak ni memang banyak benda yang mereka mahu. Tapi percayalah apa yang diminta itu adalah paling utama untuk dia, saya doakan ibu dan ayahnya kembali bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article[VIDEO] “Hadiah dari seorang isteri” – Aeril seb4k dapat kejvtan sebijik Lamborghini Aventador
Next articleDulu Terkenal Kerana Suara Rock, Sekarang Ali XPDC Terp4ksa Gad4i Harta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here