Home Petua Tips Ani Mayuni Rindu Arw4h Ibu, Bapa… Kini Menumpang Kasih Dengan Ibu Mentua

Ani Mayuni Rindu Arw4h Ibu, Bapa… Kini Menumpang Kasih Dengan Ibu Mentua

111
0

Penyanyi Ani Mayuni melahirkan rasa sayu apabila mengenangkan kedua ibu bapanya yang telah lama pergi menghadap Illahi.

Menurut Ani, selama memendam perasaan rindu selepas ketiadaan orang tuan, dia hanya menumpang kasih dengan ibu mentua yang disayangi.

“Saya sudah lama ketiadaan ibu dan ayah. Justeru, dah lama tak bergaduh dengan suami nak balik mana setiap kali tibanya hari raya.

“Kini, saya cuma ada ibu mentua sahaja untuk menumpang kasih,” katanya kepada Gempak. Ani atau nama sebenarnya, Aishah An-Nur Osman itu turut memberitahu, hal yang paling dirindukan tentulah memeluk dan mencivm kedua orang tuanya pada pagi raya.

“Tanyalah sesiapa sahaja, kalau tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri, pasti akan ada pelvk dan civm dengan ibu dan bapa.

Tapi saya dah tak boleh buat sebab ibu dan ayah dah tiada. “Rasa sedih… Terutama apabbila tengok orang lain masih ada ibu bapa, saya jadi cemburu.

Sebab perkara itu akan membuatkan saya jadi sensitif,” katanya lagi.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 44 tahun itu menasihati peminat dan orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa supaya memanfaatkan masa yang ada bersama ibu bapa selagi hayat dikandung badan.

“Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, ambil masa sebaik mungkin selagi mereka masih ada. Rasai kemanisan bersama orang tua dan janganlah susahkan hati mereka,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleDulu baki gaji ‘ciput’, berkat kesabaran pemuda ini akhirnya penuhi hajat ibu… Tak sia-sia ada kerja di R&R menjelang Syawal
Next article12 tahun raya tanpa Achik, Tajul akui suasana pilu setiap kali menjelang Aidilfitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here