Home Petua Tips 12 tahun raya tanpa Achik, Tajul akui suasana pilu setiap kali menjelang...

12 tahun raya tanpa Achik, Tajul akui suasana pilu setiap kali menjelang Aidilfitri

100
0
  • SELEPAS 12 tahun pemergian Achik Spin, kehilangan Allahyarham masih lagi terasa buat Tajul dan ahli keluarga yang lain.

Tajul, 24, yang merupakan adik kepada penyanyi itu memberitahu perasaan pilu hadir setiap kali menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya lagi, ketika arwah aktif dengan kerjaya seni dahulu, mereka berpeluang berkumpul hanya pada hari raya

“Pejam celik sudah 12 tahun arwah meninggalkan kita semua. Namun, bagi kami sekeluarga kehilangan arwah masih lagi terasa.

“Bermula awal Ramadan lagi kami akan rasa pilu mengenangkan sambutan raya tanpa arwah.

“Ketika kecil memang kami sangat rapat, namun apabila dia sibuk dengan kerja selalunya dapat berjumpa ketika hari raya sahaja,” katanya kepada mStar.

Bermula awal Ramadan lagi kami akan rasa pilu mengenangkan sambutan raya tanpa arw4h

TAJUL

PENYANYI

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meningg4l dunia pada April 2010 akib4t kem4langan jalan raya di Lebuh Raya Kajang Seremban.

Arwah meningg4l dunia di tempat kej4dian selepas kereta yang dinaikinya terb4bas dan mel4nggar papan t4nda.

Sebagai seorang adik yang turut sama terjun dalam bidang seni, Tajul diberi kesempatan oleh syarikat pengurusan FMC Music untuk terus menyanyikan lagu-lagu popular arw4h.

tajul raya 2

Tajul bersama isteri dan anak sulung mereka.

Sebelum ini, Tajul pernah tampil berduet lagu cover Tragedi Cinta bersama Wany Hasrita dan Resah Kerinduan bersama Afieq Shazwan.

Melihat kepada permintaan yang tinggi, Tajul dan Wany sekali lagi bergabung menyanyikan lagu Gurauan Berkasih yang pernah dipopularkan oleh Achik dan Siti Nordiana.

“Lagu-lagu arw4h masih mendapat sambutan sehingga hari ini dan dimainkan di corong radio. Jadi tak sal4h jika saya tampil menyanyikan semula laagu-lagu yang pernah popular dengan susunan muzik lebih segar.

“Mungkin ada yang membandingkan saya dengan arw4h dan mungkin juga ada yang tidak suka. Namun saya tidak boleh kata apa kerana kita tak mampu hendak pu4skan h4ti semua orang,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articleAni Mayuni Rindu Arw4h Ibu, Bapa… Kini Menumpang Kasih Dengan Ibu Mentua
Next article‘Raya Terkejut’ Tetap Meriah, Ini 10 Selebriti OOTD Dengan Yang Tersayang Di 1 Syawal!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here