Home Petua Tips Dulu sinonim kontr0versi, kelahiran Alisha Puteri buat Andika Putera lebih kuat dan...

Dulu sinonim kontr0versi, kelahiran Alisha Puteri buat Andika Putera lebih kuat dan matang… teruja balik beraya di Taiping

115
0

LEBARAN pada kali ini membawa pengertian yang sangat bermakna buat penceramah motivasi muda, Muhamad Andika Putera Salleh.

Bukan sahaja kerana dapat membawa pulang isteri tercinta, Ananda Natasha, untuk meraikannya bersama keluarga di kampung halaman, tetapi kehadiran si kecil, Alisha Puteri, menyerikan lagi Aidilfitri mereka berdua.

Berkongsi cerita dengan mStar, Andika Putera mengakui kehidupannya sejak bergelar seorang bapa boleh dikatakan berubah hampir sepenuhnya.

ā€œDahulu Andika Putera dikenali dengan isu kontr0versi tapi Alhamdulillah, kini perkembangan mengenai saya semakin positif.

ā€œBila dah bergelar ayah, segala-galanya adalah untuk anak. Kita cinta anak untuk Allah. Pada awal kelahiran Alisha, orang kata macam-macam sebab dia sumbing. Tapi hikmahnya, ia membuatkan kita rasa lebih kuat dan lebih matang.

ANDIKA 1

Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat Andika Putera dan isteri dengan kehadiran puteri sulung mereka, Alisha Puteri.

ā€œDulu bila bulan puasa, saya banyak penuhi jemputan berbuka puasa di merata tempat. Sekarang sangat berbeza. Jika keluar, pasti duduk dengan geng-geng ibu bapa dan topiknya adalah pasal anak.

ā€œDari segi jadual dan rutin harian, sememangnya sangat sibuk. Masa sangat padat antara kerjaya dan jadual untuk anak termasuk beberapa appointment hospital yang sudah diaturkan untuk Alisya,ā€ ujar penceramah berusia 25 tahun ini.

Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, Andika Putera berkata dia, isteri dan puteri sulungnya yang berusia lapan bulan akan meraikan lebaran di kampung halamannya di Taiping, Perak.

ALISHA 1

Alisha Puteri selamat menjalani pembed4han membetulkan sumbing pada bibirnya.

ā€œTahun ini kami beraya dekat Taiping, kampung sebelah mama saya. InsyaAllah, tahun depan barulah beraya ke Acheh iaitu kampung halaman isteri.

ā€œAntara sebab beraya di Taiping adalah urusan visa untuk isteri mengambil masa yang lama. InsyaAllah kami akan luangkan masa kira-kira seminggu untuk cuti beraya.

ā€œUntuk team saya juga, mereka cuti selama seminggu. Lagipun kan dah dua tahun kita tak beraya dengan keluarga.

ā€œMama saya adalah orang paling excited sebab Alisha kali pertama beraya di Taiping. Lagi pula dia adalah cucu pertama sebelah keluarga saya,ā€ katanya sambil menambah, menu wajib yang disajikan di rumahnya adalah laksa Penang.

Kami lebih teruja sebab Alisha akan ā€˜melaramā€™ dengan cermin mata khas yang sesuai untuk membetulkan matanya.

MUHAMAD ANDIKA PUTERA SALLEH

PENCERAMAH MOTIVASI

Pertama kali beraya dengan status sebagai ibu bapa, Andika Putera berkata dia dan isteri begitu teruja malah mengutamakan persiapan puteri sulung berbanding diri sendiri.

ā€œIsteri saya dah beli baju untuk Alisha sebulan awal. Ada saja baju yang dibelinya secara online. Tapi kami lebih teruja sebab Alisha akan ā€˜melaramā€™ dengan cermin mata khas yang sesuai untuk membetulkan matanya.

ā€œManakala untuk dirinya sendiri, isteri hanya beli beberapa pasang baju preloved sebab enggan membazir. Secara tak langsung, isteri pun matang dalam konteks berbelanja.

ā€œAlisya kini dah boleh berdiri sekejap-sekejap, perkembangan sangat laju. Selain itu, dia dah boleh ambil barang. Itu yang saya selalu beritahu isteri. Allah uji tapi Allah akan bagi lebih daripada apa yang kita sangka,ā€ ujarnya lagi.

Menyifatkan Aidilfitri pada kali ini sebagai ā€˜hadiahā€™ daripada Yang Maha Esa untuk hambaNya, Andika Putera turut mengingatkan rakyat Malaysia agar bersederhana dalam meraikan lebaran.

ALISHA

Alisha Puteri kini berusia lapan bulan.

ā€œImpak dua tahun tak beraya, jadi Aidilfitri kali ini lain macam sikit untuk semua orang. Sentiasa beringat ketika di jalan raya, juga ketika meraikan lebaran.

ā€œSaya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua, ikhlas dari hati, zahir dan batin,ā€ ujarnya lagi.

Untuk rekod, Andika Putera sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontr0versi, antaranya isu di mana dia tersilap mengeluarkan kenyataan mengenai isu curang mengaitkan seorang penyampai radio popular.

Dia juga pernah dikec4mnetizen kerana gaya penyampaian dalam ceramah motivasi yang memberi tumpuan kepada hal negatif berbanding positif untuk berjaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleSar4t mengandung anak pertama, Raja Ilya tak larat sedia banyak hidangan raya –
Next articleShuib Pernah Terfikir Tak Nak Sambut Raya, Tapiā€¦

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here