Home Petua Tips “Letih Bukan Kerana Berjalan Tapi Kerana Makan” – PM Kongsi Pengalaman Raya...

“Letih Bukan Kerana Berjalan Tapi Kerana Makan” – PM Kongsi Pengalaman Raya Bersama Keluarga

98
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi pengalaman berhari raya di kampung menerusi Instagramnya.

Menerusi hantaran yang disertakan dengan sekeping gambar kenang-kenangan bersama sanak-saudara, Ismail mengakui ‘penat’ beraya kerana dijamu dengan pelbagai jenis makanan.

“Berhari raya di kampung paling seronok. Pelbagai juadah dihidangkan. ketupat pulut, lemang, nasi dagang, nasi lemak sambal tumis dan lain-lain.

“Makan dari pagi hingga ke malam… letih bukan kerana berjalan tapi kerana makan,” tulis beliau.

Sungguhpun begitu, Ismail mendedahkan yang beliau seronok bertemu dengan saudara mara sepanjang berhari raya.

“Tapi paling seronok bila bertemu saudara mara. Saya pasti berjalan dari rumah ke rumah tanpa henti.


“Waktu tu lah jumpa ramai muka-muka baru yang saya tak kenal… maka bertanya lah, ‘Kamu anak siapa? Cucu siapa?’

“Begitulah setiap tahun berkenalan dengan saudara mara yang baru dan semakin membesar. Budaya ini merupakan budaya yang menyeronokkan yang ditunggu-tunggu setiap tahun,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous articleHairul Azreen tak pernah rot4n anak, hanya tegvr dengan pandangan
Next articleKembali bergelar isteri, Syura beralah balik raya kampung suami… Bimbang tak dapat tandingi air tangan ibu mentua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here