Home Petua Tips Emma Mastermind Baju Sedondon Keluarga – Chacha Maembong

Emma Mastermind Baju Sedondon Keluarga – Chacha Maembong

115
0

Pelakon Chacha Maembong mendedahkan yang kakaknya, Emma Maembong merupakan mastermind atau dalang terhadap pakaian sedondon yang digayakan mereka satu keluarga pada hari raya.

Menurut Chacha, kakaknya juga yang akan menentukan jenis pakaian dan juga warna yang akan dipakai untuk setiap ahli keluarga.

“Setiap tahun, Emma akan jadi bos atau ketua untuk tentukan baju apa yang kami pakai dan warna apa yang bakal menjadi pilihan.

Kami adik beradik, dan yang lebih tua daripada Emma turut terpaksa ikut arahan. “Kalau perempuan, bila Emma dah tentukan warna, semua kena terima, termasuk yang lelaki.

Kalau warna pink, reda sahajalah,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Chacha memberitahu yang, hal ini sudah dianggap biasa dalam kalangan adik beradik memandangkan ia memudahkan kerja pemilihan baju masing-masing.

“Satu hal, kami jadi tak pening kepala. Kalau nak tahu, ada satu ketika, dia siap hantar baju kepada kami,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sambutan hari raya ketika negara sedang beralih ke transisi endemik, Chaha memberitahu yang dia masih teruja untuk menyambut lebaran tahun ini.


“Dulu raya secara virtual, sampaikan kami tak dapat berjumpa dan terpaksa edit gambar berkumpulan. “Jadi, apabila sudah dibenarkan beraya, saya jadi teruja.

Tambahan pula, aktiviti lakonan juga sudah boleh dijalankan dan rezeki semakin murah,” tutupnya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous articleKembali bergelar isteri, Syura beralah balik raya kampung suami… Bimbang tak dapat tandingi air tangan ibu mentua
Next article“Kalau Nak Kira Juga, Kenalah Intai…,” – Che Ta Kali Ini Tak Kongsi Jumlah Baju Raya, Buat Awal Elak Kalut!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here