Pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan bahawa dia masih dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Impian Janna bakal jadi kenyataan
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia memilih lokasi berkenaan untuk membina tahfiz kerana kawasan tersebut adalah tempatnya membesar.
Dalam pada itu, Janna turut memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid di kampung berkenaan yang merupakan ahli keluarganya sendiri.
Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
Difahamkan, jumlah kos mendirikan pusat tahfiz berkenaan menelan kos hampir RM6 juta dan kini kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan daripada orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas 8,000 meter persegi.
Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan.
Percaya dengan kuasa sedekah’
View this post on Instagram
Ujar pelantun lagu Gatal ini, sebaik sahaja kutipan mencukupi, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Meskipun kos untuk menyiapkan kompleks berkenaan agak besar, namun dia percaya dengan kuasa sedekah.
Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan
InsyaAllah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akh1rat.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Oh Bulan