PENGORBANAN insan yang bergelar ibu bapa memang tiada taranya.
Selain melahirkan dan membesarkan anak-anak, mereka juga bekerja keras siang dan malam demi memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi.
Meskipun penat membanting tulang, namun tidak pernah sekalipun mereka berkongsi kisah keperitan mencari nafkah malah sanggup melakukan apa sahaja demi melihat senyuman terukir di bibir anak-anak.
Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah, Johari Abdul Wahab, 42, mengenai pengorbanan arwah bapa, Abdul Wahab Mat, terhadap dia dan empat lagi adik-beradiknya.
Salah satu kisah yang meninggalkan kesan mendalam adalah kejadian yang berlaku sekitar 1993 di mana bapanya menghempas pinggan sehingga berkec4i sewaktu sedang makan.
Antara momen-momen antara Ustaz Johari dengan arwh bapanya.
Menurut Johari, ia gara-gara sikapnya ketika itu yang terlalu mend3sak bapanya membelikan sepasang kasut raya idaman.
“Bulan puasa 1993 masa ni saya baru berusia 14 tahun. Tak matang dan tak reti apa-apa lagi tentang susah payah ibu bapa nak cari rezeki untuk bela anak-anak.
“Masa tu abah bawa ke Bukit Mertajam untuk beli kasut raya. Abah budget dalam RM15 hingga RM20 tapi saya pilih kasut ada buckle berharga RM70.
“Tapi abah tak mampu, maka tak jadi beli kasut raya hari tu. Saya merjuk. Malam tu masa abah tengah makan, saya buat perangai beb4l… buat jebeh mulut (muncung bibir).
“Tiba-tiba abah hempuk pinggan nasi yang dia tengah makan tu. Bersepai pinggan nasi sebab terlalu geram dekat saya. Dia kata, ‘kalau mampu aku dah beli kat hang kasut tu’. Situasi itu menyebabkan mak teri4k (men4ngis),” kongsinya ketika mengimbas kembali kejadian yang berlaku hampir 30 tahun lalu.
Arwah bapa kepada Ustaz Johari bekerja sebagai pengawal keselamatan selama lebih 30 tahun demi menyara keluarga.
Menurut Johari, pekerjaan bapanya sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Prai ketika itu tidak membolehkan mereka sekeluarga hidup mewah seperti keluarga lain.
Bagaimanapun dek kerana terlalu sayang dan tidak sanggup menghampakan permintaan anak, bapanya membelikan kasut yang diidamkannya tidak lama kemudian.
Namun kata Johari, dia hanya mengetahui cerita sebenar bagaimana bapanya memperoleh wang untuk membeli kasut tersebut beberapa tahun lalu.
Apa yang saya nak cerita di sini ialah kisah luar biasa pengorbanan mak ayah demi kebahagiaan anak-anak.
JOHARI ABDUL WAHAB
“Abah saya cerita mengenai kasut tu sekitar tiga atau empat tahun sebelum dia meninggal dunia. Abah tanya, ‘tahu tak kenapa abah hempuk pinggan sampai berkecai? Sebab hang kata macam-macam dekat abah’.
“Bukan abah tak mahu beli, tapi masa tu abah ada RM20 saja. Dia hempuk pinggan tu seolah-olah dia tibai saya. Dia lepas geram pada pinggan sebab abah memang tak pernah pukul anak-anak. Dia panggil saya intan sebab anak-anak bernilai macam intan permata.
“Tapi abah beli juga kasut tu. Katanya, ‘hang tau abah ambil duit mana? Mak hang bagi cincin dia suruh gadai untuk beli kasut kat hang’. Kami sama-sama teriak bila teringat balik kisah silam,” ujar Johari yang juga pengasas Rayhanah Madu Sdn Bhd.
Tambah Johari, selain kisah menggadai cincin demi membeli kasut idamannya, pengorbanan bapanya yang begitu membuatkannya terkesan adalah apabila sanggup menjual motosikal demi membiayai kos perubatan adiknya.
Ustaz Johari tidak dapat menahan rasa sdih dengan pmergian bapa pada November 2019.
“Abah jual motor Suzuki GP dengan harga RM500 untuk guna bawa adik saya ke hospital setiap minggu kerana adik perlu sedut kahak setiap minggu di hospital kerajaan.
“Kini abah dah tiada… abah saya meninggal dunia pada usia 80 tahun kerana sakit tua di Hospital Serdang pada November 2019.
“Bagaimanapun, didikan abah yang mengajar saya agar berusaha sendiri dan jangan mengharap pada ihsan orang tetap dipegang dan itu yang diterapkan kepada anak-anak saya pula.
“Apa yang saya nak cerita di sini ialah kisah luar biasa pengorbanan mak ayah demi kebahagiaan anak-anak. Nanti apabila hari berselisih ganti, ketika mak dan ayah minta apa-apa dekat kita, maka giliran kita pula berkorban segala-galanya untuk mereka,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mstar