Home Petua Tips “Perkara Yang Terbaik & Melengkapkan Di Dunia Ini,” – Rai Hari Ibu...

“Perkara Yang Terbaik & Melengkapkan Di Dunia Ini,” – Rai Hari Ibu Selepas Bersalinkan Bilal, Neelofa Bersyukur

103
0

Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 8 Mei, selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk merasai nikmat bergelar ibu.

Menurut pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor ini, bergelar ibu merupakan perkara yang melengkapi kehidupannya.

“Terima kasi kepada my sweet, sweet Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Perkara yang terbaik dan melengkapkan di dalam dunia ini,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu menerusi sebuat ciapan yang dimuat naik di Twitter pada Ahad.

Malah, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini juga turut merakam ucapan penghargaan buat anak lelakinya, Bilal kerana telah merialisasikan impiannya untuk bergelar ibu.

https://twitter.com/Neelofa/status/1523318596021088256?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1523318596021088256%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.sinarviral.com%2F2022%2F05%2F09%2Fperkara-yang-terbaik-melengkapkan-di-dunia-ini-rai-hari-ibu-selepas-bersalinkan-bilal-neelofa-bersyukur%2F

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan Hari Ibu buat Neelofa.

“Happy mother’s day to you doakan saya pun dapat merasa jadi ibu one day. Masih menanti zuriat.

“Masih tak percaya yang Neelofa sekarang seorang ibu.

“Seronok untuk awak Lofa sayang.

“Si Kecil Bilal. Tak sabar nak tengok awak membesar.

“Berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan bagi saya kesempatan untuk merasa jadi seorang ibu. My ultimate goal in this world is to be a mother. Hopefully can be fulfilled, InsyaAllah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, Januari lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua pasangan tersebut masih belum mended4hkan wajah anak mereka itu buat tatapan umum.

Sumber & Kredit foto: Instagram & Twitter Neelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous article“Nak ‘Potong’ Perut Pukul 7…7.30 Pagi, Doakan Tilla,” – Syatilla Melvin
Next article“Tak Sangka Anak Saya Nak..”- Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas, Beli Emas Hasil Duit Raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here