Home Petua Tips “Kasih Sayang Ayah Tak Dijangka” – Kendong Anak Atas Motor, Beraya Dari...

“Kasih Sayang Ayah Tak Dijangka” – Kendong Anak Atas Motor, Beraya Dari Batu Gajah Ke KL Buat Netizen Sayu!

94
0

Satu perkongsian daripada laman Facebook milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengundang seb4k netizen sejak kelmarin.

Semuanya gara-gara tindakan seorang bapa mengendong anak dengan ikatan kain pelikat ketika menunggang motor di laluan Lebuh Raya Utara Selatan

Menurut posting berkenaan, kehadiran dua beranak itu disedari apabila polis membuat rondaan sekitar jam 4.00 petang di KM 435.1 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).

“Semasa penugasan dijalankan pihak polis telah ternampak seorang penunggang motosikal dalam keadaan mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di tubvh badan kanak-kanak tersebut.

“Melihat situasi tersebut, mereka telah berhenti dan bertanyakan apa yang boleh dibantu dan semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur 9 tahun.

“Mereka ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak,” kata pengendali akaun tersebut.

Menurut pihak polis lagi, peronda Rawang/Latar menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh si bapa boleh mendatangkan ris1ko bahaya dan atas faktor keselamatan.

“Mereka kemudian menghubungi Pegawai Turus Lebuhraya Zon Tengah A bagi membawa dan menghantar kanak-kanak lelaki tersebut sambil diiringi ayahnya ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur.

“Jabatan Sias4tan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menasihatkan pengguna lebuhraya lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan di musim perayaan,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen tersentuh dengan pengorbanan lelaki berkenaan yang sanggup membawa anaknya pulang beraya.

Malah, rata-rata mereka memuji tindakan murni pegawai polis yang sanggup menumpangkan kanak-kanak itu hingga ke Kuala Lumpur.

Komen Netizen:

“Inilah insan yang bernama Ayah, kasih sayangnya tidak dapat dijangka. Berbahagialah hendaknya kepada insan ini”. “Dalam tegas ada lembutnya, terima kasih abang polis”.

“Mesti anak teringin nak beraya ke kampung, itu yang sangup naik motor,” tulis beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous articleG4dis dirisik oleh 2 jejaka serentak! Bapa terpaksa slow talk dengan rombongan kedua, pakwe cu4k ada pihak nak ‘potong line’
Next articleUntung bersih lebih RM60,000 jual air balang bulan Ramadan, Syahmi Sazli kongsi amalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here