Home Petua Tips “Kita Tak Perasan Pun,” – Neelofa Ulas Duit Raya Bilal RM14,000, Syukur...

“Kita Tak Perasan Pun,” – Neelofa Ulas Duit Raya Bilal RM14,000, Syukur Alhamdulillah Atas Rezeki

113
0

Selebriti Noor Neelofa mengulas mengenai jumlah duit raya anaknya, Muhammad Bilal yang dikatakan mencecah hingga RM14,000 sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Usahawan berjaya itu menerusi program MeleTOP menjelaskan, dia menyifatkan ia sebagai rezeki dan ada di antara duit raya yang diterima Bilal ialah kiriman dari ahli keluarga dia dan suami, Haris Ismail.

“Kita tak perasan pun. Awalnya beritahu Haris nak buka bank akaun (untuk anak). Kira-kira… alhamdulillah.

“Yang datang (ziarah) pula kawan-kawan mak kita, kawan dan saudara daripada Kelantan dan Besut pun ada yang kirimkan. Alhamdulillah rezeki,” katanya.

Neelofa pada masa sama turut mengakui keutamaannya kini lebih tertumpu kepada anak pertamanya yang dilahirkan pada 29 Januari lalu itu.

“Sudah tentu alhamdulillah rasa gembira dan syukur. Tapi kita sebagai ibu tidak boleh lari… fikiran hanya anak. Dia sudah tidur ke, lapar ke, selesa ke, menangis ke.

“Sambil makan pun mata kita ‘melilau’ tengok anak,” kata Lofa selepas ditanya mengenai pengalaman beraya bersama anak sulung,” katanya lagi.

Terdahulu, pasangan selebriti ini diundang sebagai tetamu jemputan menerusi program hiburan berkenaan pada Selasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleSiti Nordiana Pen1ng ‘Dikenenkan’ Dengan Shuib
Next articleMengaku Diri Masih Single, Jue Aziz Dedah Ambil Anak Angkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here