Home Petua Tips “Gambar nombor satu tu paling win,” – Video pelanduk dua serupa Zizan...

“Gambar nombor satu tu paling win,” – Video pelanduk dua serupa Zizan Razak buat ramai terhibur

132
0

Sejak dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua program realiti televisyen, Raja Lawak musim pertama Zizan Razak kini merupakan satu nama yang agak besar dalam industri hiburan.

Bermula sebagai seorang pelawak, lelaki yang berumur 34 tahun itu kini berjaya melebarkan sayapnya dan bergelar pelakon, pengacara, penyanyi, duta produk dan juga usahawan semenjak menceburkan diri dalam dunia hiburan 7 tahun lepas.

Sebut sahaja nama jejaka kelahiran Terengganu ini, pasti ramai yang akan membayangkan gelagat lucunya menghiburkan peminat di atas pentas mahupun kaca televisyen. Selain menjalani rutin biasa sebagai penggiat dunia seni, dia juga antara selebriti yang begitu aktif dalam media sosial.

Baru-baru ini, tular satu video di laman Tiktok yang memaparkan beberapa individu yang menyerupai Zizan Razak. Video yang dimuat naik oleh ladyanaaziz itu memaparkan tujuh individu lain yang menyerupai wajah pelawak itu.

“Betul la orang cakap dalam dunia ni ada tujuh orang atau lebih, yang mempunyai muka yang sama,” kata ladyanaaziz menerusi video tersebut.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 564.8k tontonan, 42.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.

Setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah yang mirip. Namun, jarak antara individu yang mempunyai wajah mirip ini tidak dapat ditentukan. Agak melucukan sekiranya dapat bertemu dengan orang-orang tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Komen netizen:

Sumber: tiktok ladyanaaziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :www.sinarviral.kini.blog/2

Previous articleUniknya tradisi keluarga… pengantin reda berarak, bersanding atas lori pembinaan! Orang kampung tumpang gembira
Next articleBaru Kenal 3 Hari Dah Ajak Kahwin Noor Kartini Kongsi Kisah Perkenalan Dengan Suami Bukan Senang Nak Jumpa Lelaki Budiman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here