Kecoh di platform TikTok apabila seorang pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari mencampakkan kepingan duit didakwa sebagai wang palsu.
Isu ‘panas’ itu dikatakan tercetus apabila dia menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk seorang usahawan.
Namun, dia kemudian menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu berkemungkinan adalah wang palsu.
“Cerita dia macam ni, dia nak ambil Siti untuk review produk. Dia ajak bincang dan kebetulan Siti di Kuala Lumpur.
“Lepas tu dia kasi produk dan wang tunai sebanyak RM10,000.
“Jadi lepas tu terus ke Kuantan dan masa dalam perjalanan baru sedar duit cash tu.
“Boleh tengok duit tu, kalau korang dekat tempat Puteri rasa duit ni asli tak? Siap kat belakang ada putih,” katanya sambil menunjukkan gambar wang berkenaan.
Jelasnya, dia bukanlah seorang yang suka viralkan sesuatu isu tapi dia bimbang sekiranya insiden berkenaan berlaku terhadap pihak lain.
“Buat saya marah sangat dia tak mengaku kesalahan dia. Saya risau dia buat dekat orang lain,” katanya.
Perkongsian dua video berkaitan itu kemudian tular di platform TikTok dan sehingga artikel ini ditulis ia telah ditonton masing-masing sebanyak 6.5 juta dan 1.7 juta tontonan.
Pun begitu, reaksi netizen dilihat bercampur baur.
Biarpun ada yang terkejut dengan kejadian itu, ramai juga yang meragui sama ada insiden tersebut adalah sebahagian daripada gimik atau teknik pemasaran.
Malah, ramai yang meminta supaya Puteri membuat laporan polis memandangkan isu menggunakan wang palsu dianggap sebagai kes jenayah berat.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :.slambermedia.bbn.my/