SETIAP anak pasti tidak menjangka akan mengharungi mas4lah rumah tangga seperti yang dilalui ibu dan bapanya.
Seperti dilalui anak kelahiran Jengka, Pahang ini yang terp4ksa akur dengan takdir yang sudah tertulis bahawa hubungan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu berakhir pada awal tahun 2022.
Mengakui masih bersedih dengan keadaan yang dilalui, Nurul Izzah Abd Hadi menganggap keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik untuk dirinya dan bekas suami.
Ketika dihubungi mStar, wanita yang baru berusia 23 tahun ini memberitahu disebabkan enggan terus dibelenggu kisah silam, dia kini berusaha mencapai impian yang pernah terkvbur suatu ketika dahulu.
View this post on Instagram
Memulakan ceritanya, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata dia pernah mengikuti pengajian peringkat asasi di sebuah universiti suatu ketika dahulu.
Namun, ia terhenti begitu sahaja atas beberapa faktor.
“Saya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) iaitu 10A. Seperti lepasan SPM yang lain, saya juga sambung belajar dan berjaya mendapat tempat di peringkat asasi.
Izzah minat bergaya.
“Tapi sayangnya, jurusan yang diambil bukanlah pilihan utama dan saya langsung tidak minat. Jurusan yang diambil ketika itu adalah asasi muamalat manakala ijazah dalam bidang pemasaran perniagaan.
“Jadi saya tidak mahu membazir masa dan duit, tambahan pula ketika itu saya sedang bekerja kerana perlu sara diri sendiri… jawatan pula sebagai pengurus makanan dan minuman (F&B) di salah sebuah restoran makanan hipster terkemuka, gaji yang ditawarkan pun tinggi.
“Lagi pula boleh bagi duit kepada ibu dan ayah, ada duit di tangan serta boleh berjalan-jalan,” lu4hnya sambil menambah pengangkutan antara masalah utama yang dihadapi ketika itu.
Keputusan SPM Izzah.
Mas4lah keluarga yang dihadapi juga menjadi faktor dia nekad untuk bekerja.
Tambahan pula, ketika itu dia tidak mempunyai sesiapa pun untuk dirujuk atau menjadi pembimbing.
“Asal daripada broken family dan jiwa remaja tengah ‘memb4ra’ jadi rasa macam tiada siapa yang boleh jadi pembimbing. Sebab itu bila keliru nak buat keputusan, saya ikut kata hati sahaja.
Kini bekerja di sebuah pusat beli belah ternama berhampiran Putrajaya.
“Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan masa itu, memang 100 peratus keputusan di tangan saya. Bukan keluarga tidak ambil tahu tapi mereka juga mempunyai masalah sendiri serta lebih mengutamakan kerja kerana nak sara anak-anak.
“Jadi disebabkan itu juga, saya berkahwin pada usia yang muda iaitu 18 tahun,” imbasnya.
Melalui pelbagai kesukaran sejak kecil menyebabkan wanita yang mesra dipanggil Izzah ini semakin matang.
Dia kini kembali dengan impian untuk menjadi pereka fesyen terkenal suatu hari nanti.
Izzah hadir temuduga pada 23 Mei lalu.
Malah dia bakal mengikuti pengajian peringkat asasi dalam bidang rekaan di Universiti LimKokWing bermula Jun ini.
Lebih menarik apabila dia turut ditawarkan biasiswa selama setahun pengajian.
“Impian saya nak jadi pereka fesyen berkonsepkan islamik. Neelofa merupakan ikon fesyen yang paling diminati manakala pereka pula adalah Rizman Ruzaini… keduanya saya suka sejak berada di bangku sekolah, tingkatan 3.
“Saya memang nak sambung belajar tapi tak faham dan tiada orang nak bimbing.
“Tiba-tiba saya teringat kepada biras yang merupakan seorang guru… syukur dia nak bantu dan ibu dia pula seorang kaunselor, mereka yang cadangkan saya mohon kemasukan di LimKokWing kerana ada biasiswa untuk golongan B40,” ujarnya yang gemar menyanyi.
Bercerita lanjut, Izzah yang kini bekerja di salah sebuah kompleks beli belah terkemuka yang terletak berhampiran Putrajaya memberitahu, permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan dilakukan pada minggu lepas.
“Temuduga untuk jurusan rekaan ni pada 23 Mei lalu.
Anaknya yang kini berusia 3 tahun.
“Memang tak sangka dapat dan 23 Jun ini pendaftaran pelajar baharu… sesi pembelajaran pula akan dilakukan secara online,” ceritanya gembira.
Terdahulu, video perkongsiannya tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 158,800 pelayar.
Rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil dan mendoakannya berjaya menjadi pereka fesyen.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar