Home Petua Tips Comelnya! Elfira Loy Kongsi Wajah Anak, Nama Yg Dipilih Pun Sedap

Comelnya! Elfira Loy Kongsi Wajah Anak, Nama Yg Dipilih Pun Sedap

118
0

SELEPAS tujuh hari melahirkan anak kedua, pelakon Elfira Loy berkongsi wajah dan nama penuh puteri k3$ayangannya menerusi laman Instagram miliknya.

Bersyukur dengan kehadiran puterinya, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memaklumkan nama anak keduanya adalah Nur Aria Mikayla.

“Kami bersyukur dengan kehadiran bayi perempuan kami. Assalammulaikum ya Nur Aria Mikayla Muhammad Faris,” kongsi Elfira.

Wajah anak kedua Elfira.

Sebelum itu, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik foto wajah penuh bayi perempuannya di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan ucapan tahniah serta memuji wajah comel anak kedua Elfira dan suaminya iaitu Muhammad Faris.

Malah menerusi perkongsian tersebut juga, Elfira turut berkongsi akaun Instagram rasmi anak keduanya itu iaitu Nurariamikayla.

Dalam pada itu, pelakon drama Dear Cinta ini turut mengharapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya.

Elfira dan suami juga mempunyai anak lelaki, Rayyan.

“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki didunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” tulisnya.

Elfira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Mei lalu di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris atau Muhammad Farsis Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Pasangan itu turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama RayMuhammad Rayyan Khalaf berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

kredit: mstar

Previous article“Handsome.. Cantik Hidung Dia” – Selepas 7 Hari, Anzalna Nasir Ded4h Wajah & Nama Baby Boy
Next articleKepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan, Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here