Ini betul-betul menu Malaysia!
Nasi lemak sudah pasti menambat selera masyarakat setempat, namun jika ia dibungkus dengan roti canai dan dihidang panas-panas pasti lebih ‘padu’.
Mana tidaknya, gabungan kedua-dua hidangan istimewa itu pasti membuatkan ramai yang terliur dan ingin mencubanya walaupun mengetahui jumlah kalori yang bakal diambil adalah tinggi.
Bercerita tentang ‘asal usul’ hidangan itu, Kamarul Rizal Kamarudin, 42, berkata ‘ciptaan’ unik itu dibuat bagi melayani permintaan rakan di media sosial yang menyifatkan jika nasi lemak dalam roti canai wrap sebagai ‘rare‘.
View this post on Instagram
Mengakui ‘nasi lemak wrap‘ antara hidangan pelik yang pernah dibuat, dia yang lebih dikenali sebagai Abang Terbang memberitahu gabungan kedua-dua masakan itu pastinya menepati selera rakyat Malaysia.
“Saya rasa sendiri menu tu, makan dengan kari kambing memang sedap macam makan nasi kandar. Tak sangka gabungan nasi lemak dan roti canai akan menjadi satu makanan yang sempurna… untuk tekak orang Malaysia memang kena,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Malah dia juga terkejut apabila video penghasilan hidangan itu boleh tular sehingga ditonton lebih 700,000 pelayar.
Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bisnes roti canai.
Disebabkan itu, ramai yang meminta supaya hidangan tersebut dijadikan sebagai salah satu menu di kedai makannya.
“Ramai yang minta ia dimasukkan dalam menu, kemudian saya cakap kalau request daripada rakan TikTok saya akan buatkan tapi ia tidak akan dimasukkan ke dalam menu kerana akan melambatkan pesanan roti canai yang lain.
“Jadi takut pelanggan tunggu terlalu lama… untuk buat nasi lemak wrap ni agak leceh sikit sebab itu tidak akan masukkannya dalam menu,” katanya yang sebelum ini tular dengan roti canai berbentuk biawak.
Bagaimanapun katanya, jika nasi lemak wrap sentiasa mendapat permintaan tinggi, dia berkemungkinan akan mewujudkan satu pasukan khas yang akan mengendalikan menu tersebut.
Kamarul bersama pasukannya.
“Kalau permintaan memang dapat sambutan, kita akan set satu team untuk uruskan menu tu dan akan memberi fokus padanya.
“Sebab sekarang ini memang tidak cukup orang kalau nak masukkan ia sebagai menu. Kat kedai saya yang ada untuk tebar pun tak terlayan, menu ni macam leceh sikit takut tak sempat nak buat,” ujarnya.
Tambah Kamarul, lebih merumitkan apabila nasi lemak yang digunakan itu bukanlah dihasilkan sendiri di kedainya.
“Nasi lemak dihantar ke kedai Abang Terbang dan ia sangat terhad, ada 50 bungkus atau 100 bungkus sahaja dalam satu hari.
“Maknanya menu untuk buat nasi lemak wrap akan jadi banyak itu saja, limit… dan selalunya nasi lemak bungkus tu tak sampai sejam dah habis.
Kedai terkini Abang Terbang.
“Kalau nak guna nasi lemak yang kita buat tu ada tapi lagi sedap kalau guna nasi lemak daun pisang,” luahnya.
Menurutnya lagi, harga bagi hidangan istimewa itu adalah dalam lingkungan RM5 kerana gabungan roti telur dan nasi lemak.
Bercerita tentang pengalamannya menebar roti canai, ujar Kamarul, ia bermula sejak umurnya 14 tahun.
“Keluarga saya sangat susah pada masa tu jadi saya kena kerja sambilan bagi menampung kehidupan seharian walaupun tengah bersekolah.
“Waktu sekolah lagi saya pergi cuci pinggan, pernah suatu ketika saya kerja di kedai makan Cina yang jual makanan halal. Selepas sudah lama bekerja dengannya, tauke Cina tu bagi nasihat.
“Dia cakap belajar tiga masakan ni jika mahu berniaga… cakoi, air soya dan roti canai sebab tiga menu ini bahan asas murah.
“Walaupun proses leceh tetapi keuntungan berbaloi. Jadi pada masa itu saya belajar ketiga-tiganya, tapi lebih cenderung kepada roti canai,” ujarnya yang pernah j4tuh bangun sepanjang tempoh 22 tahun berniaga roti canai.
Kamarul bersama isteri dan anak-anaknya.
Malah katanya, dia tidak menyangka gerai yang baru dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021 berakhir itu akan menjadi bualan ramai.
“Saya memang dikenali sebagai Abang Terbang dan sangat bersyukur kerana berjaya buka semula gerai selepas PKP. Sebelum ini saya ada kedai tapi tutup dan saya kembali bekerja dengan orang,” ujarnya yang mempunyai kedai di hadapan pejabat pos Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menceritakan tentang hidangan-hidangan baharu yang akan dibuatnya suatu hari nanti, ia bergantung kepada permintaan rakan TikTok kerana idea yang pelik hadir daripada ruangan tersebut.
Baginya, pengikut pasti akan gembira jika setiap permintaan yang dibuat di laman sosial itu ditunaikan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: mstar