Home Petua Tips Baru Bers4lin Anak Kedua, Penampilan Terkini ANZALNA Raih Tumpuan! Ramai Puji Makin...

Baru Bers4lin Anak Kedua, Penampilan Terkini ANZALNA Raih Tumpuan! Ramai Puji Makin Anggun

122
0

Bersalin tak sampai sebulan tapi Anzalna Nasir dah nampak makin cantik berseri! Penampilan terbaharu isteri Hanif Zaki ini selepas melahirkan anak kedua memang tarik perhatian ramai. Malah ramai mengagumi dan memuji aktres jelita tersebut yang pandai jaga diri.

Berkongsi beberapa foto di Instagram sempena majlis tahnik anak tersayang, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga anak lelaki pada hari Jumaat, 20 Mei lepas bersamaan 19 Syawal 1443 Hijrah.

Dalam majlis berkenaan, Anzalna dilihat memakai persalinan indah berwarna putih gading rekaan Syomir Izwa. Kongsinya, “Sebagaimana sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.

Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin.”

Turut teruja dengan kehadiran Mohamad Emirhan pastinya anak sulung Anzalna dan Hanif iaitu Eidrees.

“Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan dua orang anak lelaki. Eidrees memang dari awal minta adik lelaki sebab keluarga belah Anzalna ramai perempuan. Now, Eidrees dah ada gang! yayyy!! Diana Nasir anak semua perempuan, I pula anak semua lelaki okay dah balance!”

Ded4h Anzalna lagi, dia bersyukur sebab dikurniakan suami yang sangat mengambil berat tentang keadaan dirinya sejak bersalin hingga berpantang. “Hampir dua minggu Hanif Zaki ambil cuti teman I berpantang dan jaga anak-anak walaupun kami ada helper dan CL (confinement lady). Thank you for being the perfect man.”

Anzalna mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 bersama Hanif Zaki yang merupakan seorang ahli perniagaan. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.nona.my/

Previous articleKesian tuan rumah! Sepetang tunggu tak seorang pun tetamu datang open house, akhirnya tong sampah ‘makan’ mi rebus
Next article“Aripah Damanhuri Telah Pulang Ke Ya Khaliq, Seniwati Yang Saya Hormati,”- Fauziah Ahmad Daud

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here