“Saya anggap itu bukan rezeki saya” luahan Farhana isteri Bell Ngasri,rupanya ini yang berlaku
Drama Akasia yang berjudul ‘Tentang Hati Dia’ menyusuri kehidupan Tiara (lakonan Trisha Ooi) yang menjadi kucar-kacir setelah disahkan mengandung.
Hal ini telah membuat ibunya, Fatimah, berasa amat kecewa. Ibunya telah berhasrat untuk melihat Tiara maju dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupannya. Tiara adalah anaknya yang disayangi. Namun, apa yang telah terjadi telah menyebabkan ibunya berlaku dingin terhadap Tiara.
Untuk menanggung cahaya matanya, Tiara telah berpindah ke ibu kota. Namun, dia terpaksa meninggal anaknya dengan Fatimah. Malang bagi anaknya itu, Fatimah masih tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Akibatnya, anak Tiara itu sering dimarahi Fatimah.
Di Kuala Lumpur, Tiara telah bekerja sebagai jurutol pada siang hari. Pada sebelah malam pula, dia berniaga di gerai burger. Dalam melaksanakan tugasnya, dia terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri. Takdir telah menemukannya dengan seorang jejaka bernama Wafi (lakonan Aliff Aziz). Namun, interaksi itu juga membawa pelbagai kerungsingan.
Drama ‘Tentang Hati Dia’ ini diserikan dengan skrip yang mantap. Skrip bagi drama ini adalah hasil nukilan penulis skrip berpengalaman, Nur Farhana Mahamad Fauri. Farhana telah mencebur diri dalam bidang kreatif ini pada tahun 2002. Salah sebuah skrip yang dihasilkannya juga pernah dianugerahkan sebagai ‘Skrip Pilihan’ bagi Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2018.
Lihat video
Menceritakan lebih lanjut mengenai siri ‘Tentang Hati Dia,’ Farhana berkata, “Saya tertarik melihat plot utama novel ini tentang kasih sayang seorang ibu dan anak; bagaimana seorang gadis bangkit dari kisah silamnya dan dibenci ibu sendiri selepas mengecewakan harapan seorang ibunya. Namun dia tetap taat dan patuh pada ibunya demi sebuah kemaafan. Kerana keikhlasannya, dia menemui cinta sejati dengan seorang pemuda yang ikhlas mencintai walaupun dia pernah melalui detik hitam dalam hidup.”
Penghasilan skrip ini telah mengambil masa dua bulan. Namun, ia bukanlah semudah yang disangka. Farhana telah terikat dengan jadual yang ketat. Ibu kepada tiga orang anak ini telah bekerja keras supaya tugasnya disempurnakan. “Saya gigih untuk mengejar tarikh akhir penggambaran supaya tidak menyusahkan syarikat produksi sehingga saya mengalami keguguran.”
“Tapi saya anggap itu bukan rezeki saya dan tak menyalahkan kerja atau sesiapa. Allah tahu apa yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.
Farhana juga merupakan pasangan kepada Bell Ngasri yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35. Berkongsi perjalanan kerjayanya sebagai seorang penulis skrip, Farhana berkata, “Pembabitan awal saya sebagai penulis skrip adalah dari dia (Bell Ngasri).” “Ketika itu, saya hanya membantu dia menaip dan tak sangka dari situ saya belajar cara untuk menulis skrip,” terangnya. Farhana juga telah menimba ilmu dengan menyertai bengkel penulisan skrip.
Penglibatan Farhana dalam bidang ini mendapat sokongan oleh suaminya. Malah, dia juga ada berkongsi idea dengannya. “Bell adalah penyokong saya dalam diam. Dia selalu risaukan tidur saya sebab saya akan buat kerja hingga Subuh baru tidur,” katanya.
Menurut Farhana, drama ‘Tentang Hati Dia’ adalah siri yang wajib ditonton kerana “…ia lari dari kebiasaan kisah yang dihidang di slot Akasia.
Ia juga kisah realiti yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat dan bukan hanya kisah cinta. Ia juga kisah tentang kasih sayang keluarga, hubungan ibu dan anak dan sebagainya. ‘Tentang Hati Dia’ sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan seisi keluarga.”
sumber : utube
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.