“Takder orang lain sangat ke Dato” Ira Kazar jadi model tudung Aliff Syukri,sekali Dato bagi komen
KUALA LUMPUR Isteri tercinta pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini menjadi model tudung muslimah keluaran jenama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman.
Usahawan tersebut memuat naik hantaran di InstaStory mempromosi koleksi tudung terbaru yang memperlihatkan Ira Kazar sedang menjalani sesi fotografi di belakang.
Lihat video
Ira Kazar bakal muncul sebagai model memperagakan koleksi tudung tersebut yang akan ada di pasaran tidak lama lagi.
Datuk puji Ira melambung!
Sementara itu, tangkap layar Live di TikTok, kelihatan Aliff Syukri memuji kebaikan Ira Kazar yang sudi membantunya sambil memberi kata-kata positif.
Usahawan tersebut juga berharap agar dapat bekerjasama lagi bersama isteri pelakon tersebut di masa akan datang kerana perwatakannya yang mudah dan disenanginya.
@nur_sumayyah_kirana Cantik jugak ira ni . Sambil2 baca komen tu #irakazar #datukalifsukri ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
‘Takde orang lain sangat dah ke?’
Walau bagaimanapun, strategi tersebut mengundang kecaman ramai yang mempersoalkan tindakan Aliff mengambil Ira sebagai model sekali gus dianggap sebagai ‘marketing murahan’.
Ada juga yang nak ‘boikot’ koleksi tudung tersebut.
 Aliff Syukri tak takut disondol?
Untuk info, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu selepas pelakon itu sendiri yang berkongsi berita berkenaan menerusi sepotong video di Instagramnya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang ketika itu masih isteri kepada Syamsul bertindak menfailkan penceraian dan disahkan bercerai pada 14 Jun lalu.
Sumber : ohmymedia
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
3