Home Viral “Saya tak akan teragak agak jika” sekali Aziz M Osman buat tindakan...

“Saya tak akan teragak agak jika” sekali Aziz M Osman buat tindakan ini slps bercerai

145
0

“Saya tak akan teragak agak jika” sekali Aziz M Osman buat tindakan ini slps bercerai

Kuala Lumpur: Pengarah filem, Aziz M Osman, 60, tidak akan ‘beri muka’ dan terus menyekat sesiapa saja di WhatsApp serta akuan media sosialnya walaupun anak sendiri jika didapati mengirim mesej merepek serta berbaur negatif.

Aziz ditemui berkata dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu termasuk anak sendiri, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabatnya yang didapati cuba berbuat demikian.

Lihat video

“Saya akan ‘block’ (sekat) sesiapa saja yang mengirim mesej merepek dan berbaur negatif di WhatsApp serta di akaun media sosial walaupun dia adalah anak saya sendiri. Saya memang tidak akan beri muka dan teragak-agak untuk bertindak.

Perkahwinan selama 13 tahun akhirnya terlerai

“Sekarang, saya tengok kebanyakan orang bercakap tanpa ilmu kerana masing-masing dibenarkan bersuara di dalam medium (media sosial) mereka. Jadi, tindakan saya ‘block’, cuma nak elakkan benda yang tidak baik.

“Pada usia begini, di mana saya pun sudah bercucu pastinya saya tidak akan benarkan benda negatif ada di dalam hidup saya. Saya mahu tenang dan ‘move on’ saja sebab reda dengan ketentuan takdir,” katanya kepada Harian Metro.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai perceraian Aziz dan bekas isterinya, Puteri Lily Lokman, 32, yang berlaku pada awal Julai lalu meskipun sudah 13 tahun hidup bersama dan memiliki dua cahaya mata.

Mereka yang masih rapat dan berhubungan baik selepas berpisah menjadi perhatian apabila Puteri Lily secara bergurau berkongsi di Instagram bahawa dia disekat oleh Aziz itu dan gagal membuat pautan (tag).

“Tak boleh nak tag (buat pautan) sebab kena block (sekat). Nak suruh Aziz ‘unblock’ semula. Berani dia ‘block’ saya,” tulisnya di Instagram.

Menurut pengarah filem XX Ray ini, Puteri Lily sendiri boleh membuka ‘unblock’ itu kerana sehingga kini dia masih bertindak sebagai pengurus dalam karier seninya termasuk penerbit bersama dalam produksi mereka.

Terdahulu, Aziz ditemui hadir pada majlis sidang media menandatangani memorandum perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth, baru-baru ini.

Pasangan Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Mereka dikurniakan dua anak, Puteri Nur Azzahra,12, dan Putera Muhamad Aryan kini berusia lima tahun.

Pernikahan bersama Puteri Lily adalah yang keempat buat Aziz. Sebelum ini, dia mendirikan rumah tangga kali kedua dengan penerbit dan pelakon, Datin Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.

Sebelum bernikah dengan Nor Aliah, Aziz pernah berkahwin dengan wanita Singapura dan memiliki seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan itu.

Aziz juga berkahwin kali ketiga dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.

Sumber : hmetro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Kau lambat aku dah kawin” bekas teman lelaki Intan Najuwa hadir di majlis kawin ,sekali ini terjadi
Next article“Mereka pilih bapanya” Sayu wajah bekas isteri jumpa anak setelah tujuh bulan,tak sangka keputusan ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here