“Tak apa biar lah kami” sekali Uqasha Senrose luah sesuatu,ada kaitan dengan Kamal
Kecoh dengan isu poligami, pelakon Kamal Adli bagaimanapun menganggap isterinya iaitu aktres Uqasha Senrose sudah cukup untuk melengkapi hidupnya.
Kamal yang membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini berkata isterinya itu sudah cukup membahagiakan dan dia tidak memerlukan wanita lain untuk dicintai.
“Cukup la satu… kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan, tak perlu la kita nak tambah lain. Cukup la satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjani.
“Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah,” kata Kamal.
Lihat Video
https://www.youtube.com/watch?v=ww1jOYLN86I
Uqasha yang turut berada dalam sesi itu bagaimanapun menasihati suaminya agar tidak bercakap berlebihan kerana bimbang kata-kata itu akan berbalik kepada mereka.
“Tak apa la biarla kami dengan cara kami, itu kehidupan orang biarlah. Jangan cakap besar, kang tiba-tiba Allah uji. Saya tak nak cakap, sebab takut berbalik pada kita,” kata Uqasha.
Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia hanya menjawab persoalan daripada netizen yang mengaitkan kontroversi Abang Tesla yang berkahwin dua.
“Sebenarnya saya tak tahu langsung kes Abang Tesla. Muka Abang Tesla tak tahu, muka isteri dia pun tak tahu,” ujarnya.
Untuk info, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021.
Sumber : gempak
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.