Mahkamah Teliti lafaz cerai ND Lala melalui ‘Voice Note’ , sekali ramai terkejut jawapan Hakim
Kemelut rumah tangga penyanyi popular 80-an, Datuk ND Lala dan isterinya Datin Fauziah Sarman akhirnya selesai apabila hakim telah membuat pengesahan bahawa lafaz cerai menerusi ‘voice note’ di Whatsapp adalah sah.
Memetik laporan Harian Metro, pengesahan lafaz cerai ND Lala disahkan dalam sebuah prosiding hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hubungan selama 34 tahun berakhir jua ibu ayah Shila
Pengesahan lafaz cerai pasangan ini didengar di hadapan Hakim Ahmad Muttaqi Ismail pada jam 10.30 pagi Selasa.
Dalam pada itu, Fauziah yang hadir ke prosiding dengan berjubah hitam dan ditemani oleh rakannya, Datin Suliza Salam yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Ismail Izzani menzahirkan rasa syukur apabila kes mereka telah selesai dengan baik.
“Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya kes kami selesai secara baik pagi ini apabila hakim mengesahkan lafaz cerai yang dibuat bekas suami melalui ‘voice note’ di Whatsapp pada 2 Ogos lalu adalah sah,” ujar Fauziah.
Ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini berkata dia akan memulakan hidup baru bersama anak menantu, cucu dan sahabat yang sentiasa bersamanya.
Malah, Fauziah turut memaklumkan dia akan menuntut segala haknya sepanjang perkahwinan yang terbina 34 tahun itu mengikut undang-undang.
“Mengenai apa perancangan selepas ini, saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Namun, segala yang berhak menjadi hak saya sepanjang perkahwinan kami, insyaAllah akan saya tuntut mengikut undang-undang.
“Diharapkan semua dapat mendoakan saya dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya selama ini. Hanya Allah saja dapat membalasnya,” jelasnya kepada Harian Metro.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.